berita

Viral Video Lelaki Panjat Pagar Rembat Tong Gas, Tak Sempat Lari Jauh Dah Kena Cekup

October 4th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di TikTok, aksi seorang pencuri yang selamba melarikan tong gas melalui pagar sebuah rumah berjaya mencuri perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: Pencuri Tertidur 6 Jam Selepas Pecah Masuk Kereta Ditahan Polis

Artikel Berkaitan: Pencuri Larikan Telefon Bimbit Ketika Live Di IG, Muka Terpampang Dalam Video

Woi pencuri!

@azmilkkl #tonggas#kenecuri #fyp ? original sound – Azmilkkl

https://www.tiktok.com/embed.js

Menerusi video yang dikongsikan, seorang wanita yang dipercayai tuan rumah dilihat menjerit apabila pencuri tersebut berjaya memasuki kawasan rumahnya. Meskipun berjaya merakam kelibat pencuri tersebut dan menjerit sekuat hati, pencuri terbabit berjaya meloloskan diri dan melarikan tong gas yang berada di dalam rumahnya.

Hasil rakaman video tersebut, si pencuri kelihatan tidak cemas ketika melarikan diri. Menerusi ruangan kapsyen, kejadian itu dipercayai berlaku di Taman Rakan, Cheras, Selangor.

Ni mesti penagih dadah

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pendapat mengenai isu tersebut. Menurut netizen, pencuri berkenaan seorang yang berani dan mungkin terdesak memerlukan wang. Bahkan ada yang mendakwa pencuri itu seorang penagih dadah.

Walau bagaimanapun, netizen memberi pujian buat tuan rumah kerana peka dan pantas merakam video sewaktu kejadian tersebut berlaku. Setakat ini, video tersebut meraih 2 juta tontonan di TikTok.

@azmilkkl #tonggas #kenecuri #fyp ? original sound – Azmilkkl

https://www.tiktok.com/embed.js

Terbaru, pencuri tersebut berjaya diberkas oleh penduduk di kawasan berkenaan dan diserahkan kepada pihak berkuasa.

Sumber: Azmilkkl

SKIP THIS AD ×