Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita ditemui oleh orang awam dalam keadaan trauma setelah dipercayai dirogol oleh seorang lelaki di Ipoh, Perak.
Artikel Berkaitan: ‘Dalam Kereta Pun Dia Buat..’ – Pelajar Bongkar Takut Balik Rumah Sebab Sering Jadi Mangsa Seks Bapa Kandung
Artikel Berkaitan: Bapa Tiri Bakal Hadapi Hukuman Penjara 830 Tahun, Berdepan 32 Pertuduhan Termasuk Rogol Anak
Artikel Berkaitan: Gadis 14 Tahun Hamil Dirogol Bapa & Abang Kandung
Trauma menyelubungi diri
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketus Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, mangsa, 38 tahun ditemui dalam keadaan sedang menangis dan mengalami luka di kaki akibat daripada melarikan diri dari tempat kejadian.
Pada jam 9.15 pagi, kami menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mangsa sebelum pasukan polis dari Balai Polis Sungai Senam bergegas ke tempat kejadian.
Berdasarkan siasatan awal, mangsa didapati dirogol dirumahnya oleh lelaki warga tempatan yang tidak dikenali.
Walau bagaimanapun, mangsa dikatakan berjaya melarikan diri selepas dirogol.
Suspek, 43, berjaya diberkas pihak polis ketika berada di rumah mangsa dengan beberapa barang miliknya seperti gunting, pisau, dan kuku kambing.
Selain itu, suspek juga didapati memiliki rekod jenayah narkotik lampau serta disahkan positif dadah jenis methamphetamine berdasarkan ujian saringan air kencing.
Susulan daripada itu, suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Sumber: Harian Metro