Sudah menjadi trend kini, golongan guru pasti akan mewujudkan group WhatsApp sekolah bertujuan untuk memudahkan sesi berkomunikasi dengan ibu bapa pelajar mengenai kerja sekolah, tarikh penting serta aktiviti penting di sekolah dan sebagainya. Namun sebaliknya pula yang terjadi apabila ada segelintir ibu bapa yang menjadikan group Whatsapp tersebut sebagai ‘kaunter pertanyaan’ dengan menanyakan soalan-soalan yang remeh dan tidak masuk akal sehingga menjejaskan kehidupan seharian guru-guru.
Seperti yang dikongsikan seorang ibu, Auni Farhana di laman Facebook dengan menceritakan pengalamannya apabila berhadapan dengan ibu bapa yang ‘kurang faham’ tujuan sebenar group Whatsapp sekolah itu diwujudkan.
Mengadu pensel warna anak hilang
Belum 7 hari sekolah tapi aku rasa nak gila dah dengan group sekolah anak aku. Tolong lah mak ayah jangan buat macam ini. Cikgu tu seorang, ada 32 budak dia nak tengok. Gila apa dia nak belek satu satu aksesori anak kau cukup atau tak dalam beg setiap hari sebelum balik. Kalau tak cukup, kau patut salahkan anak sendiri kenapa tak jaga barang, bukan suruh mak ayah lain geledah beg demi anak kau. Barang hilang tu normal, sebab tu masuk sekolah tak boleh beli barang mahal kat anak kalau kita hati jenis tisu, barang hilang nak marah. Please la. Jaga barang tu adalah proses anak belajar untuk lebih tanggungjawab dengan barang peribadi.
Tangan anak luka
Tercakar, terluka, tertolak, tergolek sebab kawan buat dan kawan sudah minta maaf, ajar anak untuk memaafkan. Bukan mak ayah masuk sekali. Anak kita pun bukan baik sangat, kalau dia buat orang atau dia mula kan dulu, mana kita tahu. Kawan dah minta maaf sebab bersalah untuk kali pertama, tak payah nak panjang-panjangkan. Kalau kes tu berulang 3 kali, tak payah membebel dalam group, pergi sekolah, jumpa cikgu dan minta budak yang buat tu ada sekali depan cikgu. Haa.. Bincang depan-depan. Lepastu nak tomoi ke apa, lantak korang.
‘Wish meleret-leret’
Bila ada mak ayah update anak tak hadir sekolah, dia nak bagi tahu cikgu sahaja. Mak ayah yang lain, tak payah nak bagi nasihat, tak payah nak wish bagai, sebab bila sorang start, yang lain ikut meleret-leret, sampai 10 kalau scroll pun tak habis nak baca wish. Mak ayah lain pun bukan b***h sangat dan dia tak minta advise kau. Nak wish, nak nasihat pergi PM personal. Bila korang meleret-leret dalam tu, mesej mak budak yang tak hadir pun hanyut ke atas, kalau cikgu tak perasan mesej tu, maklumat tak sampai! Nak doakan pun tak yah tulis, doa urusan dia dimudahkan dalam hati. Bukankah doa senyap-senyap tu lebih baik.
Duit belanja anak hilang
Bersyukur tu bagus, tapi tolong la jangan jadikan group sekolah anak macam group motivasi. Aku dah letih woi. Ingat urgent apa la update kat dalam tu, tapi banyak baazir masa kat situ. Kalau anak hilang duit sebab kecuaian peribadi, marah anak! Bukan suruh cikgu cari satu sekolah sebab duit anak kau hilang. Anak tak mati pun kalau duit hilang sebab cuai dan tak dapat makan. Kalau anak aku, pertama sekali aku akan cakap, padan muka kenapa tak jaga duit sendiri baik-baik. Lapar? Itulah akibatnya bila tak bertanggungjawab. Anak tak kan mati bila tak dapat makan waktu rehat. Tapi otak dia akan ingat sampai mati akibat kecuaian sendiri. Itu namanya belajar. Itulah namanya sekolah kehidupan.
Last sekali, Tolong guna otak cerdik, jangan paksa cikgu reply hujung minggu, waktu malam, cikgu tu bukan dapat OT pun layan korang di luar waktu. If takut lupa, nak tulis juga, tulis la baik-baik. Minta maaf sebab ganggu luar waktu kerja. Jangan suruh cikgu reply segera demi kepentingan peribadi korang. Kalau dia reply di luar waktu tu bersyukur lah.
Sumber: Auni Farhana