Penyanyi, Zamani selamat menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan di ibu kota kira-kira jam 3 petang, semalam. Berita tersebut dikongsikan oleh isterinya, Juliana menerusi akaun Instagram miliknya.
Artikel berkaitan: ‘Boleh Pulih Dalam Tempoh 2 Hingga 6 Minggu’ – Zamani Sedia Jalani Pembedahan Isnin Ini
Artikel berkaitan: Isteri Dakwa Zamani Tak Dapat Bayaran Konsert, Penganjur Dedah Untung Hanya RM4635
Artikel berkaitan: Tutup Kutipan Dana Untuk Zamani, Pak Nil Ucap Terima Kasih Buat Semua – ‘Memang Luar Biasa’
Artikel berkaitan: Pengurus Zamani Mohon Semua Pihak Tangguh Soal Kutip Dana
Selamat jalani pembedahan
Menerusi kapsyen, Nur Juliana meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai bagi melancarkan prosedur pembedahan tersebut.
Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah abang Zamani selamat menjalani pembedahan sebentar tadi. Terima kasih atas doa-doa buat abang Zamani.
Terdahulu, penyanyi berusia 51 tahun itu memaklumkan sudah melakukan persiapan termasuk mengikut saranan doktor seperti mengamalkan diet dan mengambil banyak vitamin. Malah difahamkan, pelantun suara ‘Gerimis Mengundang’ itu juga memerlukan rehat sehingga tempoh tiga bulan bergantung kepada kekuatan antibodinya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat berdoa agar Zamani cepat sembuh dan dapat meneruskan aktiviti seni seperti biasa.
Sumber: Juliana