Berikutan tuntutan kerja, pelakon kacak Zul Ariffin terpaksa mengetepikan hasrat untuk menyambut Ramadan tahun ini di Tanah Suci.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zul Ariffin ‘Tersasul’ Doa Nak Empat Isteri Di Jabal Rahmah – ‘Mungkin Sebab Cuaca’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zul Ariffin Respon Gambar Raya Bersama Gayatri – ‘Dia Dah Macam Family, Arwah Mak Saya Memang Sayang Dia’
Komitmen kerja
Ketika ditemui OhBulan!, Zul atau nama lengkapnya Zulkifli Ariffin memberitahu, dia kini perlu memberi komitmen penuh bagi projek filem selain jadual penggambarannya yang padat.
Pada awalnya saya rancang nak menyambut awal puasa di sana tetapi saya ada penggambaran yang perlu dilaksanakan.
Dalam masa yang sama, saya ada perancangan untuk menyambut Aidilfitri di Makkah tetapi keadaannya agak kelam kabut juga sebab saya perlu menjalani kelas latihan untuk filem.
Siapa yang tak mahu pergi bukan? Tetapi terikat pula dengan komitmen kerja.
Zul berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran filem Wantugo di Shah Alam, baru-baru ini.
Tanah Suci dekat di hati
View this post on Instagram
Dalam pada itu, aktor berusia 39 tahun itu turut memasang impian untuk sekali lagi menunaikan rukun Islam ke lima pada tahun ini.
Untuk musim haji pun saya ada mengintai juga peluang ke sana, manalah tahu ada rezeki. Saya pasang sahaja angan-angan itu.
Menurut pelakon filem Sheriff tersebut, Tanah Suci telah menjadi destinasi utamanya malah tidak pernah menolak jika ada kesempatan ke sana.
Dulu saya akan ke laut, sekarang dengan usia sebegini, kalau ada masa dan cuti saya akan ke Tanah Suci.
Selalunya saya ke sana seorang diri jika ada masa. Alhamdulillah, pernah saya pergi cuma lima hari sahaja untuk tunai umrah.
Insya-Allah kalau ada yang ajak ke sana saya tidak akan tolak, tetapi kalau tempat lain mungkin saya tak pergi.
Terdahulu, Zul selamat menunaikan ibadah haji pada Jun 2023. Sebelum itu, Zul pernah menyatakan bahawa dia mahu berhijrah ke Makkah dan memulakan perniagaan di sana.