berita

‘Sedar Fattah Tiada Selepas Naik Ke Pentas’ – Fahrin Ahmad Dedah Plan Asal Ditukar Saat Akhir?

December 13th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Tidak muncul buat kali kedua di rancangan MeleTOP, Fattah Amin sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila beliau dikecam dan dianggap tidak professional. Namun, pihak pengurusan Fattah Amin tampil menafikan dakwaan dan menegaskan pihak luar tidak patut membuat andaian sendiri.

Artikel berkaitan :  ‘Dia Sudah Buat Kerjanya Sebaik Mungkin’ – Pengurusan Fattah Tangkis Dakwaan Tak Profesional

Menerusi laporan mStar Online, Fahrin Ahmad selaku rakan jemputan di rancangan tersebut memberitahu dia sendiri tidak sedar Fattah hilang.

Tak sedar Fattah Amin menghilangkan diri

Fahrin Ahmad menerusi mStar Online memberitahu dia sendiri hanya sedar ketiadaan Fattah sebaik sahaja dia naik ke pentas. Pada awalnya dia dan Fattah dimaklumkan mereka perlu muncul pada segmen pembukaan rancangan itu tanpa ada pengacara namun plan ditukar pada saat-saat akhir.

Kami membuat persiapan untuk mengendalikan segmen pembukaan MeleTOP  berdua (bersama Fattah) sahaja pada awalnya, namun pihak produksi membuat perubahan saat-saat akhir yang mana turut ada Neelofa dan Nabil.

Dalam kesibukan itu saya naik ke pentas dan mencari-cari, Fattah sudah tiada. Saya juga terpinga-pinga kemana dia menghilang secara tiba-tiba.

Nasib baik saya dah tahu apa nak cakap

Tambah Fahrin, di lokasi yang sama dia dan Fattah Amin terlebih dahulu telah mempromosikan drama My Coffee Prince untuk program Hlive!

Katanya lagi, mujur dia seorang yang berpengalaman, jadi dia mampu mengendalikan situasi berkenaan walaupun bersendirian. Menurut Fahrin lagi, sehingga kini, Fattah Amin tidak menghubunginya untuk menjelaskan perkara sebenar.

Kami (Fahrin dan Fattah) sudah rancang apa yang masing-masing patut cakap tapi nasib baik juga saya sudah biasa bercakap dan tahulah apa nak cerita tentang drama itu..

Sejujurnya saya memang tidak tahu apa yang berlaku ketika itu, hanya pihak produksi yang tahu cerita sebenarnya.

sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.

Most Read Today