berita

10 Kontroversi Paling Panas & Meletup Sepanjang 2018, No 9 Paling Viral!

December 27th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Nampaknya tahun 2018 tidak lama lagi akan melabuhkan tirainya. Seperti biasa pelbagai kontroversi hangat dan sensasi berlaku kepada artis tanah air kita.

Kalau nak senaraikan semua memang tak akan habis! Jadi, di sini admin nak recap antara 10 paling hot sepanjang tahun ini.

Izzue Islam keluar Forteen

Sebaik sahaja Gegar Vaganza 5 melabuhkan tirai, pelakon dan penyanyi Izzue Islam mengumumkan pengunduran dirinya dari kumpulan Forteen. Beliau mengambil keputusan bergerak solo selepas tiada lagi persefahaman antara mereka berempat.

Salah seorang ahli, Ariz Lufias walaubagaimanapun menganggap keputusan Izzue itu sebagai kurang bijak kerana tidak berbincang terlebih dahulu. Tambah menghangatkan keadaan apabila Izzue membuat kenyataan balas bahawa dia dipulaukan anggota yang lain.

Namun, mereka akhirnya telah berdamai apabila masing-masing meluahkan isi hati yang terbuku.

Rumahtangga Mia Ahmad bergolak, ada orang ketiga

Baru sahaja menimang cahaya mata September lalu, rumahtangga pelakon Mia Ahmad dan suami, Izham Tarmizi didakwa bergolak disebabkan orang ketiga.

Desas desus perkahwinan dilanda badai timbul apabila Mia dilihat memadam kesemua gambar suami di Instagram. Namun, penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu menafikan tuduhan yang kononnya dia berlaku curang. Menurutnya lagi, dia tidak pernah mengenali wanita yang didakwa kekasihnya itu.

Sehubungan dengan itu, Mia Ahmad bertegas untuk mempertahankan rumah tangga dan menjernihkan semula keadaan. Netizen turut mendoakan agar hubungan pasangan ini kekal bahagia hingga jannah.

Aishah berang terima barang kemas palsu

Setelah merangkul juara rancangan realiti Gegar Vaganza, nyata kegembiraan Aishah tidak bertahan lama apabila hadiah yang dijanjikan tidak kunjung tiba. Malahan barang kemas yang ditaja usahawan kosmetik Datuk Hasmiza atau Vida didakwa palsu.

Aishah juga rasa terkilan apabila mengetahui harga sebenar berlian yang dimenanginya itu adalah bukan berlian original.

Elfira Loy & Suffian Suhaimi putus tunang

Hanya sempat bertunang selama beberapa bulan, hubungan percintaan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy akhirnya putus Februari lalu. Perkara ini menjadi lebih kontroversi apabila ada khabar angin mengatakan hantaran tinggi menjadi punca mereka tidak jadi berkahwin.

Namun, Sufian menafikan sekerasnya dakwaan itu dan hanya menganggap sudah tiada jodoh antara mereka. Pelakon kecil molek, Elfira Loy juga kini sudah move on dan menjadi tunangan kepada seorang ahli perniagaan. Khabarnya mereka akan berkahwin tidak lama lagi.

Fesyen Neelofa paling kerap dikritik

Alahai kesian pula! Sepanjang 2018, fesyen yang digayakan Neelofa ke mana-mana acara sentiasa menjadi tumpuan netizen. Ada sahaja kritikan yang dilemparkan kerana dianggap tidak bersesuaian dengan imejnya sebagai wanita berhijab.

Bagi Neelofa sendiri, dia tidak peduli dengan apa yang diperkatakan orang. Kritikan yang diberikan mereka langsung tidak menjejaskan dirinya malah dia sudah lali kritik.

Perang dingin Zul Ariffin & Zahirah Macwilson

Selepas tersebarnya foto gadis Ukraine dikaitkan dengan Zul Ariffin, Zahirah Macwilson dilihat membuat kenyataan yang seolah-olah menujukannya kepada bekas kekasihnya itu.

Di Instagram story, Zahirah memerli seseorang namun tidak menyebut mana-mana nama. Antaranya dia mengatakan individu itu suka memutarbelit dan berlagak jadi mangsa dan menabur cinta di sana-sini.

Zul menerusi IG storynya turut seakan ‘membalas’ kenyataan Zahirah itu. Zul berpesan dengan mengatakan individu dimaksudkan supaya mengawal diri sendiri dan move on setelah apa yang berlaku antara mereka.

Izreen Azminda kahwin suami orang

Tahun lalu, tindakan pelakon Izreen Azminda berkahwin dengan suami orang iaitu pemuzik, Ude Wahid telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Status perkahwinan mereka diumumkan sendiri oleh isteri pertama, Intan Liana ketika ditanya oleh pihak media.

Walaubagaimanapun, timbul pula perang dingin antara Ude Wahid dan Intan Liana apabila mereka berbalas-balas kenyataan. Selepas beberapa bulan berlarutan, Intan Liana dan Ude Wahid akhirnya bercerai talak satu. Namun, Ude secara tegas menafikan Izreen menjadi punca penceraian dengan isteri pertamanya.

Gimik depression Haqiem Rusli dikecam

Gara-gara kerap dikecam, Haqiem Rusli membuat kenyataan di Instagram akan berhenti menyanyi disebabkan oleh penyakit depression yang dihadapinya. Terkejut dengan kenyataan tersebut, beberapa orang rakan artis tampil memberikan sokongan.

Namun, siapa sangka penyakit depression yang dikatakannya itu hanyalah sekadar gimik untuk melancarkan lagu terbarunya. Berang seakan dipermainkan, beberapa artis senior ‘sound‘ penyanyi baru ini. Yelah siapa yang tidak bengang kalau dapat tahu diri ditipu, kan?

Farid Kamil tampar polis, positif dadah?

Tentu sekali bagi Farid Kamil dan keluarga, tahun 2018 merupakan tahun dimana mereka diuji dengan dugaan yang sungguh hebat. Bermula dengan dakwaan mencederakan polis dan orang awam, pelakon dan pengarah ini juga disahkan positif dadah jenis ganja.

Ketika siasatan dilakukan, ahli keluarga, peminat dan rakan artis tidak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat tanda sokongan. Bagi Farid sendirim beliau menganggap ujian ini memberi warna dalam kehidupannya.

Fatiya Latiff viral lagi

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan terkini selebriti tanah air pasti tahu Fathia Latiff antara artis yang paling banyak kontroversi. Tahun ini sahaja pelbagai isu yang dikaitkan dengan pelakon jelita ini.

Antara yang menjadi perhatian netizen adalah komen sensitif yang ditinggalkan Fathia buat Iqram Dinzly di Instagram. Dengan nada bergurau, Fathia meminta pelakon tersebut membunuh diri. Selain itu, bekas kekasihnya Aiman Hakim turut dikatakan mempunyai hutang yang masih belum dilangsaikan. Berang dengan tuduhan tersebut, Aiman Hakim membuat kenyataan balas diikuti rakan baiknya Sharifah Sakinah dan Micheal Ang.

Malah, Wany Hasrita turut menjadi mangsa kritikan Fathia apabila dikatakan langsung tidak layak untuk menggondoli Anugerah Bintang Paling Popular. Macam-macam hal!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×