berita

‘Kami Sangat Terkejut & Ini Bukan Gimik’- Ariz Forteen Label Izzue Islam Kurang Bijak?

November 19th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam telah mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan kumpulan tersebut di karpet merah sebelum bermulanya pentas akhir musim kelima Gegar Vaganza (GV5) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Shah Alam. Berita itu bukan sahaja mengejutkan para peminat mereka, malah ia turut menimbulkan persoalan kepada anggota kumpulan itu.

Langkah tidak bijak

Salah seorang ahli kumpulan kumpulan Forteen, Ariz Lufias mengaku bahawa timbul salah faham mengenai perkara itu dan menganggap keputusan Izzue itu sebagai kurang bijak, terburu-buru tanpa berfikir panjang atau berbincang dengan ahli yang lain.

Kami sangat terkejut dan ini bukan gimik. Memang ada sedikit insiden berlaku antara kami, tetapi untuk dia buat keputusan (keluar dari Forteen) tanpa berbincang adalah sesuatu yang mengejutkan.

Lumrah sesebuah kumpulan muzik akan ada masalah dan salah faham. Cuma, sebelum ini, kalau ada apa-apa masalah, kami akan berbincang.

Ini kerana kami sudah tujuh tahun bersama dan sudah macam adik-beradik.

Tanpa memberi alasan yang kukuh, Izzue menganggap dirinya tidak lagi sesuai berada dalam Forteen memandangkan prestasinya kurang memuaskan.

Kalau ada masalah, kami berbincang dan apabila timbul masalah kecil macam ini, ia cukup mengejutkan kami.

Kami pernah tanya Izzue ketika bertarung dalam GV5, kalau ada masalah bagi tahu dan kita boleh berbincang.

Setiap kali nampak dia lain macam, kami akan bertanya dan ajak berbincang. Kami sudah rancang macam-macam projek selepas GV5, tiba-tiba jadi macam ini.

Forteen akan gerak bertiga

Ariz turut berkata bahawa mereka akan bersemuka dengan Izzue tetapi buat masa kini, dia dan teman-teman mahu memberi masa kepada Izzue untuk bersendirian dan berfikir apa yang terbaik untuk dirinya. Forteen juga akan bergerak secara bertiga, bersama One dan Ameer.

Kami akan bergerak bertiga… Sebelum ini, kami memang bertiga dan tak mustahil akan tambah ahli di masa depan.

Semua peserta GV5 jika diikutkan tertekan dengan komitmen dan tugasan mingguan… Semua orang rasa.

Malah, ketika kami terkeluar daripada GV, Forteen mendapat komen positif semua orang.

Kalau Izzue anggap dirinya sudah tak ada fungsi dalam Forteen, mana mungkin dia mampu berada bersama kami selama tujuh tahun.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.