berita

900 Pekerja Dipecat Sekaligus Melalui Panggilan Zoom

December 10th, 2021 | by Hariz
Isu & Kontroversi

Seorang majikan sebuah firma di Amerika Syarikat (AS) telah dikritik teruk selepas membuang 900 orang pekerja di dalam satu panggilan Zoom. Ramai yang beranggapan majikan tersebut kejam dan kaedah yang digunakan bagi mengumumkan pemberhentian itu adalah amat teruk sekali.

Berkuatkuasa serta merta

Di dalam sebuah rakaman yang tular di media sosial, ketua eksekutif syarikat Better.com, Vishal Garg telah mengumumkan pemberhentian 900 orang pekerja melalui satu panggilan Zoom.

Di dalam panggilan tersebut, Garg berkata ini merupakan kali kedua di dalam hidupnya dia terpaksa membuat pengumuman seakan itu, dan pada kali pertama dia, dia menangis.

Notis mereka yang diberhentikan di dalam panggilan Zoom tersebut berkuatkuasa serta merta.

Kali terakhir saya membuat perkara sebegini, saya menangis.

Jika anda berada di dalam panggilan ini, anda tergolong di dalam kumpulan yang kurang bernasib baik diberhentikan.

Ramai yang melihat rakaman tersebut mengkritik tindakan Garg dan merasakan tindakan tersebut kejam dan tiada sifat empati memandangkan musim perayaan Krismas menjelang tiba.

Menururt Garg, pemberhentian besar-besaran itu terpaksa diumumkan kerana prestasi syarikat, dan juga perubahan pasaran. 900 pekerja yang diberhentikan itu merupakan 15% daripada jumlah tenaga kerja di Better.com.

Sumber: BBC

SKIP THIS AD ×