Foto: Tangkap layar video
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pastinya mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri dan membesarkan ‘amanah’ yang diberikan dengan sebaik mungkin. Namun, tidak semua pasangan diberikan rezeki untuk mempunyai cahaya mata sejurus mereka kahwin dan ada pasangan yang perlu sabar menunggu bertahun-tahun sebelum diberikan rezeki untuk mengandung.
Artikel Berkaitan:[VIDEO] 6 Tahun Sabar Menanti Cahaya Mata, Pasangan ‘Cekal’ Sebak Bila Disahkan Mengandung
‘Hadiah untuk abang’
Foto: Tangkap layar video
Seperti perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Ain menerusi satu video di laman TikTok tampil membuat kejutan istimewa terhadap suaminya yang tersayang. Kisahnya bermula, apabila dia memberikan ‘hadiah istimewa’ kepada suaminya bersempena hari lahir ketika mereka baru sahaja menunaikan solat subuh.
Pada mulanya si suami seolah-olah tidak percaya, apabila melihat pregnancy test yang diletakkan di dalam kotak hadiahnya dan bertanyakan kepada isterinya berkali-kali adakah dia benar-benar mengandung atau tidak. Setelah dijelaskan oleh si isteri, dia (suami) lantas tersenyum dan gembira mendapat perkhabaran itu. Bercerita lebih lanjut, wanita ini menjelaskan hampir 16 tahun mereka menunggu dan ia merupakan kandungan keduanya.
Penantian hampir 16 tahun, Danial yang kini dah umur 17 tahun akan dapat adik. Alhamdulillah.
Pada masa yang sama, wanita ini juga sempat memberikan pesanan kepada pasangan-pasangan di luar sana supaya tidak berhenti berdoa kepada Allah S.W.T. supaya diberikan rezeki untuk memperoleh cahaya mata.
Makbul atau tidak makbul doa kita adalah rahsia Allah. Sebab Allah tak pernah jemu mendengar suara kita ketika berdoa. Doakan semoga sis dan baby sentiasa dilindungi Allah S.W.T.
Video penuh:
@ainn_aisyaSelamat hari lahir my darling….?? Hadiah tak ternilai buat abang. #birthday #ttc #fyp? #pasirmaskelantan #geweorekelate #satuhatisampaimati? bunyi asal – ainn_aisya
Alhamdulillah!
Sumber: Ain