Penerbit, pelakon dan usahawan terkenal iaitu Erma Fatima berkongsi momen indah majlis merisik anak lelaki sulungnya iaitu Syamil Ikhwan yang dilangsungkan secara maya. Majlis yang dipercayai berlangsung semalam, turut disempurnakan dengan kehadiran bekas suami Erma Fatima iaitu Bade Azmi.
Yeah nak dapat menantu dah
View this post on Instagram
Yeah nak dapat menantu. Walaupun majlis merisik ni stress dengan line teruk, tapi Alhamdulillah.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, majlis merisik tersebut dilihat berjalan dengan lancar meskipun talian internet terputus-putus seketika. Erma dan anak-anaknya yang mengenakan busana merah dan hitam itu turut dilihat tenang dan gembira semasa majlis tersebut berlangsung. Penuh adat dan budaya, majlis ini turut mendapat perhatian rata-rata netizen di media sosial.
Mahu jadikan sebagai contoh
Rata-rata rakan artis dan netizen memberi pujian buat Erma dan bekas suami kerana mengadakan majlis secara maya memandangkan negara masih dalam tempoh ‘lockdown’. Malah, netizen mahu menjadikan majlis tersebut sebagai contoh. Selain Syamil, Erma turut memiliki empat orang anak angkat iaitu Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain.
Sumber: Erma Fatima