Semalam, nama Shuk Sahar sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah memuat naik beberapa screenshot perbualan mesej ‘ugutan’ yang dipercayai dikirim oleh seorang wanita, Fara yang pernah menjadi punca perbalahan rumah tangganya.
Artikel berkaitan: ‘Kalau Terpadam Story Atau Feed Semua, Bukan Saya Yang Padam’ – Isteri Shuk
Artikel berkaitan: Isteri Shuk Dakwa Rumahtangga Masih Diganggu Fara, Siap Ugut Nak Terjun Bangunan!
Artikel berkaitan: ‘Sanggup Dapatkan Balik Keluarga & Kebahagiaan Saya’ – Shuk Mengaku Buat Silap
Terbaru, Rossa dipercayai sudah membuat laporan polis berhubung semua yang berlaku terhadap dirinya dan keluarga.
Betapa kuatnya kamu
Di Instagram Story, seorang wanita yang dikenali sebagai Rossa Azura telah memuat naik satu posting mengenai kelibat isteri Shuk yang sedang keluar dari balai polis. Rossa yang mengenakan baju bewarna ‘pink’ itu dilihat sedang memegang beberapa kertas yang dipercayai laporan polis. Wanita itu juga dilihat sedang berbual menerusi telefon sebaik sahaja keluar dari balai tersebut.
Lebih mencuri perhatian, kapsyen yang ditulis terhadap Rossa menerusi posting itu turut menjadi tumpuan netizen. Menurut kapsyen tersebut, seseorang individu tidak akan sedar betapa kuatnya diri mereka sehingga satu tahap mereka terpaksa menjadi kuat tatkala itu sahaja pilihan yang mereka ada.
‘Kami okay sahaja’
Sebelum ini, Shuk mendakwa bahawa hubungannya bersama isteri dalam keadaan baik-baik sahaja dan tidak seperti yang orang lain sangkakan. Malah, Shuk turut mendakwa mesej perbalahan dan gambar ugutan bunuh diri yang dikongsikan Rossa di Instagram sebenarnya adalah kiriman lama yang pernah diterimanya sebelum ini.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai posting Rossa yang mendakwa ada individu menghantar ‘santau’ kepadanya, Shuk sedia maklum dengan perkara itu tetapi dia tidak tahu siapakah ‘dalang’ di sebaliknya.
Sumber: Rossa