Hidup adalah proses pembelajaran. Sejak dari lahir sehingga akhir hayat seseorang itu tidak akan pernah berhenti daripada belajar sebagai mana tuntutan agama yakni menuntut ilmu adalah perkara yang digalakkan bagi setiap umat Islam. Belajar juga tidak mengenal batas usia. Gunakanlah waktu yang ada untuk belajar tanpa mengira usia kerana sesungguhnya ilmu Allah itu sangat luas.
Kita sewajarnya belajar dan tetap belajar walaupun usia semakin meningkat. Waktu itu boleh diluangkan dengan mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat seperti ilmu dunia dan akhirat.
Ilmu sebagai kayu ukur dalam kehidupan
Di dalam Al-Quran juga menjelaskan perbezaan orang yang berilmu dan juga tidak berilmu. Perbezaan itu boleh dilihat dari tindakan seseorang dalam kehidupan sehariannya. Watak dan sifat orang yang berilmu seperti padi, makin berilmu semakin merunduk.
Hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik (Surah Furqaan ayat 63).
Aplikasi Waktu Solat Malaysia adalah antara aplikasi yang membantu umat Islam berterusan menuntut ilmu. Hanya perlu dimuat turun di telefon pintar masing-masing, terdapat banyak ‘features’ yang boleh dimanfaatkan oleh orang Islam untuk menuntut ilmu, jadi mudah untuk seseorang itu menuntut ilmu walaupun dimana sahaja mereka berada.
Marilah kita sama-sama menjadikan Aplikasi Waktu Solat Malaysia sebagai panduan dan semangat untuk kita menuntut ilmu secara berterusan. Dengan cara itu kita akan sentiasa menjadi orang yang dahagakan ilmu. Jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia secara PERCUMA supaya kita dapat meluangkan waktu-waktu yang ada untuk menuntut ilmu sepanjang hayat.