Transaksi tanpa tunai di Malaysia dah mula diterima dan diguna pakai oleh semua golongan sekarang. Selain dapat meningkatkan produktiviti, menambah baik kecekapan dan keberkesanan proses pembayaran, malah ia juga penting untuk keselamatan.
Jadi, yang mana kaki shopping atau korang yang sentiasa nak buat bayaran secara dalam talian tu kena ikut cara ni. Confirm selamat!
1. Guna laman web atau aplikasi rasmi
Sebelum memasukkan sebarang maklumat kad peribadi atau kad kredit ke laman membeli-belah, periksa dahulu sama ada alamat web di halaman itu bermula dengan “https:”atau “http:”. Kalau boleh, korang kena hati-hati dengan e-mel, teks atau promosi yang kelihatan mencurigakan atau menggalakkan korang untuk klik pautan dengan segera.
Kalau korang ada terima tawaran yang menarik, jangan terus klik pautan tersebut. Sebaliknya, pergi ke laman web rasmi pedagang tersebut untuk mengesahkan sama ada tawaran itu sahih atau pun tak.
2. Pertimbangkan dulu cara pembayaran korang
Selalunya, sebelum korang nak buat bayaran, mesti ada beberapa pilihan yang diperlukan kan? Tapi, bagi min, kalau korang nak selamat, gunalah kad kredit berbanding kad debit.
Ini kerana kad kredit mempunyai polisi yang lebih baik untuk melindungi pengguna sekiranya ada apa-apa perkara buruk yang berlaku. Yang pasti, kena selalu pantau penyata bank dan kad kredit korang tu, barulah rasa selamat!
3. Gunakan alamat e-mel khusus
Alamat e-mel yang khusus ini merupakan perkara yang penting untuk korang dalam membuat sebarang pembelian dan bayaran secara dalam talian. Kalau boleh, gunakan alamat e-mel individu supaya tidak mudah untuk digodam oleh pihak ketiga.
Elakkan guna alamat e-mel dan kata laluan yang mudah bagi membolehkan orang lain mengakses akaun korang tau!
4. Semak dulu nombor akaun sebelum membuat pembayaran
Zaman sekarang ni memang tak lari dari peniaga dan pembeli online, masing-masing nak mudahkan kerja kan. Lagi-lagi pembeli, mesti korang nak terus dapat barang yang korang beli tu depan rumah. Lepastu tak sabar-sabar dah nak buat bayaran.
Korang kena ingat ya, sebelum nak buat apa-apa jenis bayaran sekali pun, korang mesti kena semak dulu nombor akaun tu tau. Bukan apa, kalau tersalah nombor akaun nanti, kan dah rugi. Lagi-lagi kalau orang tu sebenarnya scammer. Melayang duit macam tu je!
5. Pakai VPN & jangan guna WiFi awam
Ha…yang ni paling penting, nampak macam remeh tapi korang kena ambil tahu bab ni. Kalau korang nak buat sebarang pembelian atau bayaran secara dalam talian, korang dinasihatkan untuk guna Virtual Private Network (VPN) sebab ia boleh melindungi trafik dan identiti internet anda daripada pelbagai ancaman.
Jangan sesekali menggunakan WiFi awam sebab ia boleh memberi ruang kepada pihak ketiga untuk akses data korang. Memang lah seronok pakai wifi free kan? Tapi, pelbagai masalah yang akan timbul nanti kalau korang berjaya digodam. Pastikan korang guna akses yang lebih selamat ya!
Kalau nak lagi selamat, guna je Virtual credit card Alliance Bank ni!
Berbelanja secara dalam talian bukan sahaja menguntungkan peniaga dan pembeli, tetapi juga menjadi medium penjenayah siber untuk menjana pendapatan. Jadi, mereka boleh menipu dengan guna pelbagai cara yang korang tak tahu.
Jadi, korang nak rasa lebih selamat bila berbelanja secara dalam talian? Korang bolehlah guna kad kredit Visa Platinum Alliance Bank, iaitu kad kredit maya pertama di Malaysia ni. Bukan saja selamat, malah banyak juga manfaat, antaranya adalah:
- Ciri keselamatan yang bagus – Nombor kad sebenar tidak didedahkan pada sesiapa atau mana-mana platform semasa berurus niaga. Korang hanya menjana 16 digit nombor secara rawak apabila korang perlukannya.
- Boleh kawal sepenuhnya – Apabila korang menjana nombor kad 16 digit ke dalam mana-mana platform langganan atau e-bil, korang boleh menetapkan had perbelanjaan & tarikh luput sendiri untuk mengawal transaksi yang dicaj ke dalam kad korang pada had dan tamat tempoh yang dah ditetapkan.
- Mudah & mengurangkan risiko penipuan – Korang boleh dan copy dan paste 16 digit nombor kad tu dekat peranti korang tanpa mengeluarkan kad kredit ke mana-mana platform e-dagang apabila berurus niaga.
Untuk pengetahuan korang, 16 digit nombor secara rawak yang dikenali sebagai Nombor Kad Dinamik itu boleh melindungi maklumat yang dipautkan terus ke akaun bank sekali sahaja apabila korang membuat pembelian.
Jadi, korang boleh cipta 1 nombor rawak untuk penggunaan dan langganan dengan kad kredit tersebut. Paling selamat, siap boleh cipta nombor pada kad yang berbeza dan keperluan yang berbeza. Kiranya, setiap kad korang itu mempunyai nombor dan penggunaan tarikh luput tersendiri lah. Best kan!
Ini cara mudah kalau korang nak daftar & guna Virtual Credit Card ini
- Muat turun aplikasi mudah alih allianceonline (“AOM”) di Google Play Store atau Apple App Store.
- Klik pada ikon VCC di bahagian atas sebelah kanan halaman log masuk AOM.
- Teruskan dengan permohonan VCC dengan memberikan butiran peribadi dan pendapatan, mengambil gambar Kad Pengenalan (Depan dan Belakang), dan memuat naik penyata KWSP atau bukti pendapatan.
- Pengguna akan menerima pemberitahuan tolak aplikasi dan pemberitahuan SMS setelah permohonan diluluskan atau ditolak.
Senang je kan? Tak payah susah-susah nak pergi ke bank fizikal untuk apply kad kredit ni. Paling best, korang tak akan dikenakan yuran tahunan pun untuk kad ini tau.
Jom apply sekarang untuk membuat pembayaran dengan lebih selamat!
Kalau korang nak berjaga-jaga dan rasa mudah untuk membuat sebarang pembayaran secara dalam talian, guna je kredit kad maya dari Alliance Bank ni.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web mereka di SINI.