Pencemarah bebas, Ebit Lew menjadi bualan dalam kalangan netizen selepas videonya berkolaborasi bersama pempengaruh terkenal Jepun, Bayasi menjadi tular di media sosial.
Artikel Berkaitan: Tersentuh Tengok Warga Emas Berniaga Sampai Malam, Ebit Lew Teringat Arwah Mak
Masak nasi goreng sama-sama
Menerusi video yang tular itu, Ebit yang memakai jubah berwarna putih dilihat menyediakan masakan nasi goreng bersama pempengaruh yang terkenal dengan video masakan itu.
Selepas selesai menyediakan makanan tersebut, mereka berdua dilihat menjamah nasi goreng tersebut sebelum lebihannya diberikan kepada seorang gelandangan.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan video kolaborasi luar biasa ini.
Video
@ustazebitlew Bayashi masak nasi goreng kampung #ebitlew #fyp #ebitlew #fyp #cooking ? original sound – Ebit Lew
Sumber: TikTok