Meskipun terpalit dengan kontroversi tuduhan melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita, perkara itu tidak menghalang penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk terus melakukan kebaikan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Kolaborasi Ebit Lew Dan ‘TikToker’ Terkenal Jepun – ‘Terus Sopan Member Tu Makan’
Ajar wanita ucap syahadah
Menerusi satu hantaran dimuat naik Ebit di Instagram (IG), penceramah bebas itu berkongsi rasa gembiranya mengajar seorang wanita yang dikenali sebagai Paweena untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Alhamdulillah baru bawa Miss Paweena memeluk Islam. Ucap syahadah dan terus daftarkannya. Allah sayang Paweena. Tiadalah yang lebih berharga di dalam hidup melebihi dapat dekat dengan Allah. Katanya inilah hari paling bahagia dalam hidupnya. Tidak pernah rasa begini.
Ebit menjelaskan bahawa wanita tersebut sebelum ini menghubunginya menerusi Facebook bertanyakan tentang agama Islam.
Dia hubungi saya melalui facebook tanya soalan berkenaan Islam. Syukur pada Allah. Saya ajar syahadah dan Islam kemudian terus dafarkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Semoga Allah bantu Paweena untuk terus belajar Islam.
View this post on Instagram
Netizen terharu dan sebak
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen begitu terharu dengan tindakan Ebit yang telah berjaya mengislamkan Paweena. Malah ada juga yang terpegun melihat kecantikan wanita itu selepas mengenakan hijab.
Sumber: Instagram