Empat beradik ditemukan dalam keadaan selamat selepas dilaporkan hilang selama 40 hari di hutan Amazon.
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Selepas Pengsan Di Dalam Pesawat
Antara penumpang pesawat terhempas
Berita baik itu diumumkan sendiri oleh Presiden Colombia, Gustavo Petro yang sangat gembira dengan khabar itu menerusi satu hantaran di Twitter.
Dalam pada itu, BBC melaporkan bahawa empat beradik yang dikenali sebagai Lesly Jacobombaire Mucutuy, 13, Soleiny Jacobombaire Mucutuy, 9, Tien Noriel Ronoque Mucutuy, 4, dan Cristin Neriman Ranoque Mucutuy, 11 bulan itu merupakan antara penumpang yang menaiki pesawat Cessna 206 ketika ia terhempas pada 1 Mei berhampiran wilayah Guaviare.
Ibu mereka yang turut menaik pesawat tersebut, Magdalena Mucutuy, dilaporkan terkorban bersama-sama juruterbang serta seorang lagi penumpang pesawat berkenaan.
Walau bagaimanapun, keempat beradik itu tidak berjaya ditemukan sewaktu pencarian awal yang dibuat Tentera Udara Colombia.
Selepas sebulan proses mencari dilakukan, akhirnya mereka berempat ditemui oleh pasukan tentera serta penduduk setempat pada 9 Jun yang lalu.
Kisah penemuan jadi bualan wargamaya
Ajaibnya, kesemua mereka sama sekali tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya mempunyai kesan gigitan serangga, dehidrasi dan kekurangan zat sahaja.
Kisah penempuan mereka ini mula menjadi bualan warga maya yang tertanya-tanya dalam masa yang sama kagum dengan semangat empat beradik ini yang mampu bertahan selama 40 hari lamanya sendirian di hutan Amazon.
Bukan itu sahaja, keadaan hutan Amazon yang merupakan habitat asal bagi haiwan liar dan berbisa serta pusat bagi kumpulan bersenjata menyeludup dadah serta senjata api juga menjadi tanda tanya dalam kalangan wargamaya.
Makan biji bijan untuk terus hidup
Foto: Hindustan Times
Memetik laporan BBC, kesan tapak kaki serta buah-buahan yang sudah digigit menjadi faktor kepada penemuaan empat kanak-kanak itu oleh pasukan penyelamat.
Menurut datuk kepada empat kanak-kanak itu, meskipun dua daripadanya cucu masih kecil termasuklah seorang bayi yang baru berusia 11 bulan mampu bertahan selepas dijaga dengan sangat baik oleh kakak sulung mereka iaitu Lesly.
Mereka terselamat dengan memakan tepung dan biji benih yang mereka temukan dalam serpihan pesawat dan selain buah di hutan.
Nenek kepada mereka, Fatima juga mendedahkan bahwa anak sulung daripada empat beradik itu sudah biasa menjaga tiga adik-adiknya yang lain ketika ibu mereka bekerja dan memaklumkan bahawa itu menjadi faktor yang membantu mereka untuk kekal bertahan di dalam hutan.
Dia memberi mereka tepung dan roti ubi kayu, apa-apa buah dalam semak, mereka tahu apa yang mereka boleh makan.
Sekadar info, ibu kepada empat beradik yang terkorban, Mucutuy dilaporkan sedang dalam perjalanan bersama anak-anaknya itu ke Bogota untuk bertemu suaminya, Manuel Ranoque bagi memulakan kehidupan yang baharu.
Difahamkan, Ranoque yang sebelum ini tinggal bersama keluarganya di rizab orang asli Puerto Sabalo terpaksa melarikan diri dan berhijrah ke Bogota selepas menerima ugutan kumpulan penjenayah yang beroperasi di kawasan itu.
Ciapan Presiden Colombia
¡Una alegría para todo el país! Aparecieron con vida los 4 niños que estaban perdidos hace 40 días en la selva colombiana. pic.twitter.com/cvADdLbCpm
— Gustavo Petro (@petrogustavo) June 9, 2023