Korang dah ada plan untuk memiliki rumah sendiri? Setelah penat berusaha mengumpul wang ringgit, mesti la kita nak beli rumah paling sempurna. Tapi apa tips utama untuk beli rumah, lebih-lebih lagi buat pembeli rumah pertama?
Sebelum beli rumah, apa-apa hal pun, korang kena tengok lokasi dan suasana rumah tu. Strategik ke tak? Selesa ke tak? Haa.. Ada satu kawasan perumahan kat Puncak Alam ni, kami rasa nice gila tau. Cuba korang tengok.
Alam Suria – perbandaran serba hijau yang lengkap dengan kemudahan
Bayangkan korang tinggal di rumah yang dikelilingi alam semula jadi. Siap dengan kemudahan yang cukup lengkap untuk kehidupan seharian seisi keluarga. Siapa yang tak nak. Tapi mana nak cari rumah macam ni?
Tak lain dan tak bukan, semestinya di Bandar Alam Suria! Dengan keluasan 1,163 ekar, perumahan yang diusahakan oleh IJM Land ni mempunyai kawasan yang dipenuhi dengan kehijauan. Kemudahan di sini buat ramai berminat untuk memilikinya.
Lokasi sangat mudah & selesa, sebelah je dengan Central Park & Pusat Komersial Suria Square
Paling best, Residensi Daffodil terletak bersebelahan dengan Central Park dan shoplot Suria Square. Suria Square mempunyai 115 kedai, nak pergi kedai pun dekat dan senang. Jalan 100 langkah je dah sampai.
Boleh berekreasi sambil menikmati alam semula jadi di Central Park!
Kat sini ada trek untuk korang berjoging dan berbasikal. Terdapat juga kawasan permainan kanak-kanak, taman skate, gelanggang badminton, gelanggang serbaguna, bangku dan gazebo. Memang syok la datang Central Park ni. Waktu pagi dan petang selalu meriah!
Akses yang mudah ke Klang, Shah Alam, Petaling Jaya & KL
Buat korang yang kerja di Klang, Shah Alam, Petaling Jaya atau KL, tak payah risau la kalau tinggal di Bandar Alam Suria. Banyak rangkaian lebuh raya komprehensif yang korang boleh guna tau.
Antaranya Persiaran Mokhtar Dahari, NKVE, ELITE, Lebuhraya Persekutuan, GCE, LATAR, DASH dan
WCE. Haa.. Banyak kan? Nak pergi mana-mana pun senang!
Fasiliti seperti sekolah, mall, hospital & lain-lain pun dekat!
Nak tinggal dengan keluarga tersayang, kena pilih lokasi strategik. Bandar Alam Suria adalah pilihan tepat untuk seisi keluarga. Lagi-lagi kalau anak masih bersekolah. Sini dekat je dengan SK Puncak Alam, SK Puncak Alam 2, SK Puncak Alam 3, Wesley Methodist School dan Kampus UiTM.
Mana la tahu hujung minggu bosan di rumah, pergi la shopping. Banyak pilihan mall untuk korang pergi seperti Econsave, Lotus’s, Hero Market, Family Mart, Jaya Grocer, KIP Mall dan Saujana Utama Mall. Seronok!
Hospital yang terdekat ialah Hospital UiTM. Masjid Puncak Alam, bank dan stesen minyak pun tak jauh. Senang cerita, fasiliti yang ada di Bandar Alam Suria sangat mudah diakses. Memang puas hati la duduk sini.
Kaki hiking boleh ke Bukit Cherakah atau Bukit Botak
Hiking bagus dijadikan sebagai aktiviti di hujung minggu bersama keluarga. Nak cuba adventure, korang boleh mendaki di Bukit Cherakah atau Bukit Botak. Pemandangan dari atas bukit serius cantik. Penuh flora dan fauna.
Dengar ni! Kami ada berita baik buat korang yang tengah cari rumah. Ada projek perumahan terbaru di Bandar Alam Suria nanti. Memang stylo ah!
Residensi Daffodil, kediaman kondo yang cukup moden & lengkap dengan kemudahan
Berminat untuk memiliki kediaman di kondo yang penuh bergaya? Kami yakin Residensi Daffodil takkan mengecewakan korang. Kondo ni penuh dengan vibe yang hip dan chic. Kena sangat dengan zaman moden sekarang. Kat sini pun ada kolam renang, jacuzzi, gimnasium, gelanggang badminton dan banyak lagi kemudahan lain la.
Selain kaya dengan alam semula jadi, Residensi Daffodil juga memiliki suasana dan persekitaran yang cukup selamat. Setiap unit dilengkapi balkoni untuk korang nikmati pemandangan kehijauan yang cukup subur di Bandar Alam Suria.
Dengan hanya RM1,328 sebulan anda boleh memilikinya! Kenapa sewa sedangkan anda boleh memilikinya?
Apa yang kami boleh katakan, Residensi Daffodil merupakan kondo yang sesuai buat mereka yang mencari rumah moden dan mampu milik di Bandar Puncak Alam. Ansuran pinjaman serendah RM1,328 sebulan je.
Senang cerita, Residensi Daffodil sangat berpatutan dengan harganya. Lagipun ia terletak di perbandaran Alam Suria yang terancang, mantap dan berkembang maju. Memang berbaloi.
Wah, macam best je kalau dapat duduk sini eh! Kami yakin korang sekeluarga akan berpuas hati dengan menjadikan unit di Residensi Daffodil sebagai rumah idaman korang. Bila lagi nak beli rumah sendiri, ini la masanya!
Tunggu apa lagi? Jom daftar sekarang untuk dapatkan promosi early bird korang. Klik SINI untuk mendaftar.