Pada Sabtu yang lalu, ribuan umat Islam telah membanjiri Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersempena Majlis KL Munajat bersama pendakwah terkenal Nusantara, Ustaz Abdul Somad dan Sheikh Aleey Abdul Qadir.
Artikel Berkaitan: Usia Dah Cecah 40an Kekal Kacak, ‘Market’ Adi Putra Naik Selepas Kejayaan Mat Kilau
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bacaan & Lagu Taranum Adi Putra Sama Seperti Imam Masjidil Haram’ – Fakrul UNIC
Selain membacakan selawat beramai-ramai, Ustaz Abdul Somad turut menyampaikan ceramah pada malam berkenaan.
Dalam ceramah itu, Ustaz Abdul Somad mengingatkan para hadirin agar sentiasa meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T kerana ianya mampu membentuk peribadi yang kental dalam menghadapi sebarang ujian.
‘Kehormatan’
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian wargamaya apabila aktor terkenal tanah air, Datuk Adi Putra berpeluang memakaikan tanjak serta menyarungkan keris pada Ustaz Abdul Somad sewaktu ketibaanya.
Adi menerusi kemas kini di TikTok memuat naik momen istimewa tersebut sebagai kenangan dan buat tatapan umum.
Pun begitu, Adi tidak meletakkan sebarang kapsyen yang panjang, sebaliknya hanya menulis kalimah Alhamdulillah sebagai tanda syukur diberi peluang sedemikian.
Tumpang gembira
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya menyifatkan aktor filem Mat Kilau itu sebagai seorang yang bertuah kerana diberi penghormatan tersebut.
Malah, wargamaya turut menumpang gembira menyaksikan momen cukup bermakna itu.
Dalam masa sama, ada juga wargamaya yang mengucapkan rasa syukur kerana menjadi salah seorang ribuan umat yang membanjiri Dataran Merdeka.
Sumber: TikTok