Pelakon ‘Fast X’ Vin Diesel didakwa melakukan serangan seksual terhadap bekas pembantunya di sebuah hotel di Georgia ketika sesi penggambaran ‘Fast Five’ pada tahun 2010.
Artikel Berkaitan: Main ‘Tikam Belakang’, Pelakon Utama Fast & Furious Berang Dengan The Rock?
Paksa buat hubungan intim
Menerusi laporan CNN, bekas pembantu Diesel iaitu Asta Jonasson mendakwa pelakon Fast And Furious itu menolaknya ke dinding lalu meraba dan beronani di hadapannya. Jonasson mendakwa pelakon berusia 56 tahun itu memecatnya beberapa jam selepas kejadian tersebut kerana tidak melayannya pada hari kejadian.
Bercerita lebih lanjut mengenai kejadian yang berlaku, Jonasson berkata dia diminta untuk datang ke bilik pelakon berkenaan sebelum pelakon itu bertindak menariknya ke atas katil untuk melakukan hubungan seksual.
Meskipun merayu untuk dilepaskan dan cubaan untuk lari gagal, Diesel memeluk, meraba dan mencium dan menanggalkan seluar dalam Jonasson secara paksa.
Selepas kejadian itu, Jonasson memberitahu dia bekerja seperti biasa sebagai pembantu Diesel dan tidak bersuara mengenai kejadian tersebut kerana bimbang akan dipinggirkan.
Sekadar info, Jonasson menfailkan saman terhadap Diesel, syarikat produksi dan kakak kepada pelakon tersebut yang memegang jawatan presiden One Race Productions.
Jelasnya, saman diberikan kepada kakak Diesel iaitu Samantha Vincent kerana diskriminasi jantina, persekitaran kerja yang bermusuhan dan tiada tindak balas terhadap kejadian menimpanya.
Sumber: CNN