Semua tahu bahawa Sunway Group merupakan satu syarikat yang tidak asing lagi. Banyak perkara yang membuatkan kita rasa bangga dengan kehebatan dan kebaikannya.
Macam yang korang tahu, bukan sahaja property, malah perkhidmatan pendidikan, penjagaan kesihatan, pusat beli belah, hospitaliti, dan liburan juga mereka sediakan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.
Jadi, sempena ulang tahun Sunway Group yang ke-50 tahun ini, beberapa individu tampil dengan menceritakan inspirasi dan pengalaman mereka dengan Sunway.
Jom tengok video dekat bawah ni!
Antara kisah yang telah memberi kesan buat rakyat Malaysia!
Wahhh, banyak rupanya kisah-kisah disebalik 50 tahun kewujudan Sunway Group ni kan. Bukan tu je, banyak juga perkara dan pengalaman yang dikongsi yang telah menjadi inspirasi dan memberi kesan yang amat mendalam terutamanya buat rakyat Malaysia ini.
Antaranya:
1. Sunway Healthcare memberikan perkhidmatan doktor dan fasiliti yang terbaik buat Jared Lee
Jared Lee memilih Sunway Healthcare untuk mendapatkan rawatan perubatan kerana doktor dan kemudahannya yang luar biasa. Di sana beliau disahkan menghidap kanser testis.
Namun begitu, Dr Badrul memainkan peranan penting dalam membantunya untuk memahami keadaan itu. Jared mengorak langkah pertama ke arah pemulihan yang dibantu oleh doktor dan fasiliti yang unggul di sana.
Bagi Jared, Sunway bukan sahaja menyediakan kemudahan perubatan, malah ia menjadikan perjalanannya ke arah pemulihan lebih meyakinkan.
2. “Sunway Pyramid seolah rumah kedua buat saya dan keluarga” – Irene Cheow
“Saya kerap -mengunjungi Sunway Pyramid, hampir setiap hari. Ia merupakan pusat beli-belah pertama di negara ini yang mempunyai gelanggang luncur ais.”
Apabila Irene mengetahui bahawa Sunway Pyramid mempunyai akademi luncur ais, beliau mendaftar untuk belajar bersama-sama dengan anak-anaknya dan beliau tahu bahawa ini akan menjadi platform untuk anak-anaknya menyedari potensi mereka sehingga mampu mencapai kegemilangannya sebagai atlet negara.
“Kami sekeluarga banyak meluangkan masa di sini. Kami makan, membeli-belah pakaian dan barangan runcit, tengok wayang dan saya sehingga hari ini, masih pergi ke gim di sini.
Bagi Irene, Sunway Pyramid ini merupakan rumah kedua buat beliau dan keluarganya.
Kalau nak tahu apa rancangan mereka bakal lakukan untuk generasi-generasi yang akan datang, boleh layari laman web mereka di SINI.