Teknologi semakin pesat di era digital ini, termasuk dalam industri telefon pintar. Satu-satunya pilihan untuk pengguna moden adalah telefon pintar yang tidak hanya canggih dari segi reka bentuk, tetapi juga menyediakan pengalaman penggunaan yang terbaik dengan teknologi terkini.
Percaya atau tidak jika kami katakan bahawa ada telefon pintar yang baterinya tahan lama, kamera hebat dan turut ada fungsi AI dijual dengan harga RM2,000?
Untuk pengetahuan korang, Honor telah memperkenalkan peranti baharu di bawah siri nombor mereka dalam beberapa variasi dan model yang menjadi tarikan ramai iaitu HONOR 200 yang kini hadir dalam versi Pro untuk pertama kalinya di Malaysia.
Ini bukanlah siri biasa-biasa, kerana ia menjanjikan pengalaman bertaraf flagship dalam kelas pertengahan dengan harga mampu milik, bermula dari RM1,899 sahaja.
Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon dan RAM 12GB, HONOR 200 Pro menawarkan prestasi yang mengagumkan dengan ciri-ciri seperti sistem telefoto yang canggih, bateri besar, dan penstabilan gambar OIS+EIS untuk hasil gambar yang jelas dan stabil.
Teknologi kamera bertaraf studio
HONOR 200 Pro mengagumkan dengan sistem kamera tri-lensa yang dilengkapi dengan teknologi AI canggih. Terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera telefoto 50MP, serta kamera ultra lebar dan makro 12MP, setiap tangkapan dihasilkan seakan-akan dari studio profesional.
Kolaborasi dengan Studio Harcourt memastikan setiap potret menyerlah dengan pencahayaan, warna dan komposisi yang sempurna mencerminkan kualiti setaraf studio profesional.
Prestasi dan keupayaan bateri terbaik
Tidak ketinggalan, HONOR 200 Pro turut menawarkan bateri Karbon Silikon besar 5,200mAh yang disokong dengan SuperCharge Berwayar 100W.
Ini bermakna korang boleh mengisi daya dengan pantas dan telefon dapat bertahan lama walaupun digunakan secara intensif sepanjang hari. Tak perlulah bawa powerbank lagi!
Pengalaman pengguna yang terbaik dengan Magic AI
Dengan kehadiran MagicOS 8.0 dan Android 14, penggunaan telefon pintar ini menjadi lebih lancar dan pintar. Magic Portal memudahkan carian maklumat melalui pelbagai aplikasi hanya dengan seret dan lepaskan antara aplikasi.
Sementara itu, fungsi AI Blur Private Info memastikan privasi anda terjaga dengan mengaburkan maklumat sensitif sebelum dikongsi.
Perlindungan mata AI yang inovatif
Skrin Perlindungan Mata AI HONOR 200 menggunakan teknologi Pemalapan PWM 3840Hz dan Dynamic Dimming untuk mengurangkan keletihan mata.
Tambahan AI Natural Tone 2.0 menyesuaikan suhu warna paparan berdasarkan persekitaran, memastikan visual yang nyaman sepanjang masa.
Tahan lasak dengan penggantian retak 365 hari
Ketahanan telefon ini diuji dengan skrin yang tahan lasak dan menawarkan perkhidmatan Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari, yang membolehkan pengguna menggunakan peranti dengan keyakinan tanpa risau tentang kerosakan skrin.
Pilihan warna menarik
HONOR 200 Pro tersedia dalam pilihan warna Ocean Cyan dan Moonlight White yang menawan, sementara HONOR 200 standard ditawarkan dalam Coral Pink (eksklusif untuk 512GB), Moonlight White, dan Hitam, yang memenuhi selera pengguna yang berbeza.
Dapatkan sekarang dan dapatkan hadiah menarik
Sekiranya korang berminat, tempah segera siri HONOR 200 dan nikmati hadiah bernilai lebih dari RM878, termasuk HONOR Earbuds X6 dan perkhidmatan Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 hari secara percuma.
Dengan ciri-ciri dan prestasi yang ditawarkan, siri HONOR 200 menjadi pilihan yang menarik bagi pengguna yang menghargai teknologi terkini dan kualiti terbaik dalam sebuah telefon pintar.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki peranti yang menggabungkan canggihnya teknologi dengan harga yang berpatutan ini. Klik di sini untuk dapatkan peranti ini.