Penyanyi Shila Amzah mencuri perhatian ramai apabila membeli mikrofon sendiri yang mempunyai nama dan logo kelab peminatnya.
Artikel Berkaitan: ‘Ubai Contoh Suami Yang Baik, Boleh Kumpulkan Semua Ahli Keluarga Yang Terpisah’ – Netizen
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Persembahan Shila Amzah Di ‘Singing With Legends’ Raih Paling Banyak Undian ‘Online’
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Jadi Juara Mingguan Pertandingan ‘Singing With Legends’ Di China, Layak Terus Ke Peringkat Akhir
Boleh beli kereta
Menerusi sebuah video di TikTok, Shila berkata, mikrofon berwarna ungu itu merupakan mikrofon pertamanya selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.
Biarpun tidak mendedahkan harga sebenar mikrofon tersebut, Shila sempat memberi bayangan mengenai harga asal mikrofonnya itu.
Ujar pelantun suara ‘Patah Seribu’ itu, harga mikrofonnya itu sama seperti harga sebuah kereta yang baharu.
Macam inilah, mungkin boleh dapat kereta Malaysia atau lebih kurang dengan harga kenderaan terpakai buatan Jepun.
Hasil semakan OhBulan!, harga mikrofon Shila berkemungkinan mencecah sekitar RM40,000.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira melihat pencapaian Shila selama menjadi anak seni. Tambah netizen, Shila wajar membeli mikrofon tersebut meskipun harganya mahal.
Video
@shilalas_united Finally ! ?? Shila Amzah have a personal mic with logo shilalas SA, Mic warna purple ??? I love sangat ? #shilaamzah #shilalasunited #fyp #fyp? #fypage? #fyppppppppppppppppppppppp #fyp??viral #foryourpage #fypdongggggggg #fy #stream #likes #view #Comment #trending #copylink #trend #personalmicrophone #mic
Sumber: Shila Amzah