Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil membuat laporan polis selepas menjadi mangsa ‘scammer’ pelaburan atas talian dan mengalami kerugian sebanyak RM18,500.
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kesal Banyak Akaun Palsu Guna Namanya & Anak – ‘Jangan Main Serbu Maki Hamun Orang’
Harap dapat semula duit
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mendedahkan bahawa pada awalnya ragu-ragu selepas nombor telefonnya secara tiba-tiba dimasukkan ke dalam group Telegram yang bernama ‘Trade Free Income’.
Namun setelah mendapati ganjaran yang diberikan adalah lumayan, bekas ahli kumpulan Elite tersebut mula menjadi teruja dan mula memasukkan wang sebanyak RM4,000 seperti mana yang diminta admin group terbabit.
Inilah bahana bila tak pernah merasa cukup! Tapi manusia kan, walaupun nampak macam, ‘Eh takkanlah semudah itu dapat pulangannya’. Tapi macam terpanggil pulak untuk melabur.
Fikir punya fikir, terjebakk akhirnya saya masukkan RM4000 mula-mula ya bukan sikit. Dijanjikan pulangan sebanyak rm145k dalam masa 3 jam, siapa taknak kan?
Sebab dalam group macam siapa yang join semua dapat, rasa macam pelik tapi kalah juga dgn permainan mereka.
Sungguh pun begitu, Abby menjelaskan bahawa pihak ‘scammer’ tersebut memintanya untuk memasukkan pula wang sebanyak RM14,500 bagi proses seterusnya.
Abby yang pada awalnya merasakan dirinya sudah ditipu selepas diminta melakukan sedemikian akhirnya tewas juga dan memasukkan sejumlah wang tersebut kepada pihak berkenaan.
Namun, selepas selesai dia melakukan seperti apa yang diminta, Abby baru menyedari yang dirinya sudah pun ditipu selepas pihak ‘scammer’ sekali lagi memintanya untuk memasukkan sejumlah wang.
Nak jadi hal 15 minit kemudian, yang dari mula melayan kita, serahkan hal kita ni pada geng dia yang lain untuk masukkan wang yang kononnya dah dapat ke akaun saya tapi sebelum tu disuruh bayar dulu rm29,770 untuk urusan bank.
Masa ni menyirap dah, barann dah dtg. Memang rasa, ‘Dah lebur la duit aku dapat ke geng scammer ni’. Barulah tengahari tadi ke balai polis buat laporannn, aduh!
Di akhir hantarannya itu, Abby berharap agar dia dapat semula semua wang yang telah dimasukkannya ke dalam akaun ‘scammer’ tersebut.
Hanya mahu buat ‘surprise’
View this post on Instagram
Sementara itu, Abby menerusi hantaran lain mendedahkan bahawa tindakannya menyertai pelaburan itu adalah untuk memberikan kejutan buat suaminya namun sayang apabila yang dikejar tak dapat, dikendong berciciran.
Suami memang tak tahu langsung pasal ni, semua saya memandai sendiri. Konon kalau dapat nak suprise kan semua.
Yg dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Sumber: Instagram