berita

Ajar Kanak-Kanak Bawah Umur Buat Benda ‘Terlarang’, Polis Cari Safieyilyas & Pipinatasha

June 10th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, tindakan usahawan kosmetik terkenal dan kawannya yang ‘mengundang’ dua remaja bawah umur menyertai sesi live di Instagram membangkitkan amarah dalam kalangan warganet.

Rata-rata warganet mempersoalkan tindakan usahawan tersebut yang disifatkan sebagai ‘keterlaluan‘ dan tidak memberikan contoh yang baik kepada remaja belasan tahun.

Artikel Berkaitan: Melampau! Usahawan Kosmetik Buat Hal Lagi, Kali Ini Siap ‘Belanja’ Remaja Bawah Umur

Artikel Berkaitan: Isu Live Usahawan Kosmetik Tayang Payudara, PU Syed Desak Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas

Susulan daripada itu, seorang pensyarah dikenali sebagai Prof Madya Dr Rafidah Hanim tampil membuat laporan polis berhubung isu berkenaan. Ujar beliau, insiden seumpama ini tidak sepatutnya berlaku dan penggunaan telefon bimbit wajar dikawal oleh ibu bapa.

Polis kesan Safieilyas & Pipinatasha

Terbaru, lapor Harian Metro pihak polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram Safieilyas dan Pipinatasha bagi membantu siasatan berhubung komunikasi lucah dan amang seksual melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Pengadu membuat laporan selepas melihat pautan siaran langsung di aplikasi Instagram (IG) milik ‘safieyillias94’ yang juga hos bersama pemilik IG ‘pipinatasha’. Siaran langsung di aplikasi berkenaan membabitkan dua kanak-kanak bawah umur.

Jelas Zaid lagi, kedua-dua mereka turut mempamerkan aksi penggunaan vape (rokok elektrik) kepada dua remaja berkenaan.

Polis kini sedang mengesan kedua-dua suspek dalam kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Pada masa yang sama, pihak polis turut menggesa kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi memberikan maklumat.

Sumber: Harian Metro & Prof Madya Dr Rafidah Hanim

SKIP THIS AD ×