LEGOLAND® Malaysia Resort melancarkan filem 4D serba baharu – LEGO® MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA, tambahan baru kepada pengalaman Filem LEGO 4D yang membolehkan anda dan keluarga menikmatinya bermula dari 11 November 2022.
JOURNEY TO MYTHICA berkisarkan tentang Bobs, Alicorn kecil yang berani di dalam pengembaraan ke dunia yang belum ditemui, di mana makhluk LEGO menjadi nyata! Alam semesta selari yang tanpa kita ketahui telah dicipta menggunakan kuasa imaginasi kanak-kanak.
Lebih menarik, pengunjung tidak perlu membayar lebih untuk menonton Filem 4D baharu ini kerana ianya sudah termasuk dengan harga tiket masuk ke LEGOLAND. Para pengunjung boleh membeli tiket dan menempah tempat melalui sistem tempahan LEGOLAND Malaysia Resort untuk lawatan ke taman yang diinginkan.
Pengembaraan MYTHICA
Menerusi pengembaraan LEGO MYTHICA, pengunjung dapat merasai dengan lebih nyata bagaimana Bobs menempuhi hutan ajaib yang seakan hidup, laut yang berombak kuat, gua tersembunyi, api dan ais. Melarikan diri dari Chimera, melambung dengan Maximus The Sky Lion dan membuat percikan dengan Duo The Hydra sebelum Bobs menemui kuasa sebenarnya. Adakah Bobs sudah terlambat untuk menyelamatkan dunia mitos ini?
LEGO MYTHICA menghadapi masalah. Daya hayatnya yang pernah berkuasa telah menjadi lemah dan dunia semakin mati kerana semakin kurang kanak-kanak mempunyai masa untuk mencipta makhluk LEGO yang baharu.
Satu-satunya cara MYTHICA boleh diselamatkan adalah dengan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mencipta semula. Kanak-kanak boleh meneroka dunia imaginasi dan melihat makhluk LEGO MYTHICA hidup di hadapan mata mereka.
Dapatkan tiket sekarang!
Para pengunjung boleh membuat pembelian tiket dan menempah tempat melalui sistem tempahan LEGOLAND Malaysia Resort untuk lawatan Taman yang mereka inginkan. Untuk maklumat lanjut Resort, jadual operasi dan membuat tempahan, pengunjung boleh melayari: https://www.legoland.com.my/
Untuk maklumat lebih lanjut tentang LEGO MYTHICA – JOURNEY TO MYTHICA, layari laman web rasmi di https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/mythica/ atau halaman media sosial LEGOLAND di Facebook dan Instagram.
Nikmati diskaun 40 peratus semasa lawatan seterusnya ke LEGOLAND Malaysia dengan pembelian tiket 1-Day Single Park, 1-Day Double Park atau 1-Day Triple Park dengan lebih jimat 11:11 Flash Sale. Bawa orang tersayang anda bersama – keluarga bersama empat orang boleh menjimatkan sehingga RM450 dengan tawaran ini.