Mungkin ramai yang tidak tahu, penggunaan ubat masuk punggung untuk meredakan demam adalah merbahaya dan mempunyai risiko yang tersendiri. Ibu bapa hendaklah mendapatkan nasihat doktor bagi jumlah dos yang sesuai untuk anak.
Seperti perkongsian wanita ini di Facebook, dia mendakwa anaknya adalah salah seorang mangsa kematian influenza yang berlaku pada 2018. Pada ketika itu, dia memberikan ubat jenis masuk punggung untuk menurunkan suhu badan yang panas.
Salah seorang mangsa influenza
Tak pernah tak sayang. Maafkan mama kalau gagal menjaga Mu’adz, sebelum arwah pergi, petang tu dia beria-ria ajak main, pegang pipi mama cakap meow2 tapi mama sibuk tengok tv, bodohnya mama masa tu, mama tak sedar tu tanda-tanda awk nak tinggalkan mama selama-lamanya
Hari ini 23/1/2020 sekiranya arwah masih ada, genaplah umurnya 4 tahun. Hari ini aku cerita sikit macam mana arwah pergi meninggalkan kami, dia salah seorang mangsa influenza. Yang pasti kami suami isteri tak tahu dimana arwah dapat jangkitan (tapi kami ada ke airport hantar family pergi umrah)
Influenza ni cepat merebak dan kena cepat dapatkan rawatan. Jangan jadi macam aku kerana sibuk oncall anak demam lambat dapatkan rawatan. Pada 11/11/18, 3am arwah dah start demam dan aku bagi supp V**** alhamdulillahhh demam kebah, pada pukul 7pm pada hari sama arwah demam lagi, supp V**** diberi lagi. Tapi demam tak turun, aku buat tepid sponging (mandi berjelum) tapi masih tak kebah (dalam masa sama dilema nak gi klinik untuk rawatan sebab aku oncall tak tahu nak pass kat sape, inilah keputusan paling bodoh sekali yang pernah aku buat).
Demam menggigil 40.4 darjah celcius
Ni gambar beberapa jam sebelum arwah brain death. Anak syurga ni masih ketawa masa suhu 40.4’C. Setiap kali tengok gambar ni, air mata tak putus2 mengalir. Mama betul-betul rindukan Mu’adz sayang
Pukul 10pm anak dah start menggigil demam 40.4 darjah, arwah masih boleh senyum. Nak tak nak redah je ke klinik swasta. Sampai sana alhamdulillahhh tak ada patient, masuk jumpa doktor (yang ni part paling aku nak marah sampai nak saman doktor nih). Doktor cuma amek temperature tanpa sentuh anak aku, ckp tanya demam bila, tak check pernafasan ke apa, cek tekak pon tak, dia cakap demam biasa sebab aku dah bagi supp V****.
Doktor tak bagi ubat dah, katanya balik jelum je. Balik dari klinik dengan tanpa ubat aku tak sedap hati direct ke HTAA. Otw ke hospital anak aku macam dah drowsiness dah, pastu dia start sawan. Aku dalam kereta rasa lama sangat perjalanan nak sampai ke hospital. Sampai ke hospital terus masuk red zone. Arwah masih drowsy lagi, doktor bagi supp valium dengan supp paracetamol dan on oksigen high flow mask. Dalam masa sama kena mandi berjelum. Anak aku dah menggigil. Team peads dah datang dan suruh admit. Otw nak naik anak sawan lagi, iv valium diberi lagi.
Lebih kurang pukul 1am ada kat atas kena temu ramah dengn HO, anak aku tidur (kurang sikit risau, tapi sebenarnya masa tu la anak aku dah start nak brain death). Aku tukar shif dengan papa dia jaga arwah. Si abg tak boleh naik, jadi aku decide untuk balik memandangkan abg penat nak tidur (masa tu aku terlalu mengantuk, tak tahulah kenapa). Lebih kurang pukul 3am papa dia call guna telefon hospital katanya anak kritikal dah buat CPR. Aku menggigil, tinggalkan abgnya pada kakak Balqis.
Internal bleeding dan brain death
Ni sebab kematian arwah, tapi ade beberapa test masih pending. Sampai sekarang aku masih tersebut nama arwah bila panggil baby Fatima. Aku terlalu rindukan dia tapi Allah lagi sayangkan dia
Sampai di wad, anak aku ditolak ke picu. Wayar berselirat di seluruh tubuh arwah. Aku tanya suami aku kenapa jadi makin teruk? Suami aku ckp Dr suh lap badan anak pastu anak berak banyak sangat. Lepas tukar pampers arwah berhenti bernafas, suami angkat dia dan tepuk banyak kali, dan akhirnya bernafas + muntah darah. Dr datang dan tolak arwah ke bilik rawatan.
Lepas check Dr keluar dari bilik rawatan Dr beritahu tiada harapan dah sebab arwah internal bleeding dan dah brain death (aku dengar brain death terus rase luruh jantung. Dengan kata lain anak aku dah tak ada) tapi suami aku suruh Dr selamatkan jugak, jadi Dr buat CPR dan beri bantuan pernafasan ventilator. Luluh hati aku, aku tahu, aku hanya melihat jasad anak aku, aku tak mampu nak beritahu suami apa sebenarnya berlaku, dia sangat rapat dengan arwah dalam masa sama aku berdoa supaya diberikan keajaiban, kebetulan semua family aku ada di Mekah, aku minta mereka doakan dan solat hajat untuk anak aku.
Hari berganti hari, tapi keadaan arwah masih sama. Pada hari Khamis 15/11/18 Dr putuskan untuk menukar ventilator kepada bantuan pernafasan lain (aku dah lupa nama dia + aku takde kat situ sebab balik umah untuk mandi) dapat panggilan dari suami beritahu arwah dah sangat kritikal sampai sana arwah hembuskan nafas terakhir pada pukul 11.05am. Dia pergi dalam keadaan aku keseorangan, semua family tiada untuk uruskan arwah. Mujurlah saudara terdekat ada dan sedia hulurkan bantuan.
Diagnosis arwah semasa meninggal meningoencephlitis. Tapi tu bukan final diagnosis sebab masih ada beberapa test masih pending. Beberapa hari selepas arwah pergi, result swab ETT sampai, ternyata arwah pergi kerana influenza B & baru aku tahu pemberian V**** menyebabkan dia makin teruk (Maafkan mama, mama tak tahu baby kna influenza).
Maafkan Mama
(Sekadar gambar hiasan)
Dari dulu lagi arwah guna supp V**** untuk turunkan suhu badan. Alhamdulillahhh takde pape, tapi hari tersebut (mungkin sudah tertulis ajalnya) supp V**** telah buat anak aku brain death dan pergi selama-lamanya. Pesanan aku buat ibu bapa di luar sana, kita tak tahu anak kita demam sebab apa. Untuk keselamatan, gunakan supp paracetamol sahaja (mengikut berat anak dan dos) bagi mengelakkan kejadian yg tidak diingini berlaku. Sekarang aku sedar, aku belum cukup ilmu, sekadar mendengar pendapat kawan-kawan dalam merawat anak. Kadang-kadang rasa sangat-sangat bersalah pada arwah. Lebih baik jumpa doktor sebelum memberi apa-apa ubatan pada anak.
Pada anak mama Nik Mohamad Mu’adz, maafkan mama tidak menjaga baby dengan baik & tidak menjadi mama yang baik. Mama rindu baby. Hero mama sentiasa berada di dalam hati mama. Jumpa nanti di syurga.
Dan aku, redha dengan pemergian anak tercinta, aku telah di diagnosed dengan depression (MDD), hanya masa mengubati nyawaku yang separuh hilang. Alhamdulillahhh aku semakin pulih dari MDD walaupun masih dalam rawatan. Bukan senang menerima hakikat, berat mata memandang, berat sangat bahu ini yang memikul. Jagalah amanah Allah sebaik-baiknya, curi lah masa untuk bermain-main dengan mereka, jangan sampai satu masa kita menyesal, dan kita tidak dapat mengundurkan masa itu.
#NikMohamadMuadz
#23/1/16-15/11/18
#Alfatihah
#AnakSyurga
#influenzaBvictim
Sumber : Farrah Meklehs