Penyanyi Ashira Aziz menetapkan syarat kepada mana-mana lelaki yang ingin mengahwininya agar dapat menerima kehadiran anak lelaki tunggalnya, Megat Shazril.
Artikel Berkaitan: Ashira Aziz Syukur Dapat Kenal Bad Indigo – ‘Saya Pernah Sayang Dia, Itu Kenangan Paling Manis’
Artikel Berkaitan: Ashira Aziz Menggigil & Hilang Kata Tahu Bad Indigo Meninggal – ‘Kami Dah Lama Tak Hubungi Selepas Cerai’
‘Jangan sakiti anak saya’
Menerusi hantaran di Instagram Story, Ashira berkata bakal pasangan hidupnya itu harus menerima anaknya dengan seikhlas hati selain tidak menyakitinya.
Tegas Ashira, sekiranya anaknya disakiti dia rela meninggalkan lelaki tersebut.
Sekiranya bakal suami tidak boleh terima anak saya, maka dia juga tidak akan memiliki saya.
Sekiranya dia menyakiti anak saya, demi kebaikan saya akan tinggalkan dia.
Syarat pertama adalah terima anak saya dengan seikhlas hati dan berkawan dengannya.
Sebab anak saya adalah segalanya untuk saya, mudah sahaja.
Pada hantaran sama, Ashira turut berkongsi berita mengenai seorang wanita yang sanggup meninggalkan anaknya yang berusia 10 tahun disebabkan ingin berkahwin baharu.
Wanita terbabit didakwa bertindak sedemikian kerana ‘patuh’ pada arahan bakal suaminya.
Untuk rekod, Ashira merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi selepas bercerai dengan bekas suaminya pada 2015.
Ashira kemudian berkahwin dengan penyanyi arwah Bad Indigo pada Mac 2021, bagaimanapun usia perkahwinan tidak kekal apabila mereka mengumumkan bercerai pada Jun 202.
Sumber: Instagram