Kesesakan yang melampau di waktu puncak menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan penumpang pengangkutan awam. Mana taknya, kalau waktu pagi dan petang keadaan dah macam tin sardin. Tak kiralah lelaki atau perempuan semuanya berhimpit.
Dalam kesesakan beginilah munculnya lelaki ‘biadap’ dan ‘kurang siuman’ ambil kesempatan. Seperti yang berlaku kepada gadis ini, tiba-tiba datang seorang lelaki entah dari mana menggosok kemaluannya ketika LRT sedang sesak!
Mencabul dengan menggosok kemaluannya
Pengalaman paling ‘menjijikkan’ telah berlaku kepada saya pagi tadi. Kepada semua wanita, tolong berwaspada dan jauhkan diri dari lelaki ini. Dia memakai baju kelabu dan bercermin mata. Tolong ingat mukanya. Dia menyembunyikan wajah ketika saya cuba merakam wajahnya dalam LRT yang agak sesak pada waktu itu.
Lelaki ini telah mencabul saya dengan menggosok *^%&^ nya. Keadaan dalam LRT padat dengan penumpang pada waktu itu. Astagfirullah. Saya tak pasti dari mana dia datang tapi kejadian itu berlaku di stesen Universiti dan dia turun di stesen Bangsar.
Saya jerit sekuat hati tapi tiada yang datang membantu
Saya menjerit sekuat hati supaya orang ramai berhati-hati dan menjauhkan diri dari lelaki itu. Tak ada siapa yang datang bantu walaupun saya dah menjerit.
Saya tak malu. Setan tu yang sepatutnya malu dengan kelakuannya!
Saya bukannya berdiri kaku membiarkan diri diperlakukan seperti itu. Saya bangkit memperjuangkan maruah saya di kala yang lain tidak endah dengan apa yang terjadi.
Jadi, ingat ni. Gangguan seksual itu violation. Sama ada secara fizikal atau emosi. Ambil tindakan berani dan lindungi diri. Gangguan seksual bukan perkara main-main. Be extra careful.
sumber : Syima Mohamad