berita

Berkeras Nak Minum ‘Susu’ Kotak, Anak Kecil Ini Mungkin Menyesal Seumur Hidup Tak Dengar Cakap Mak

August 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Mempunyai anak kecil tidak semudah seperti yang sering ditonton di media sosial. Pelbagai ragam dan telatah yang perlu dilayan terutama ketika pandemik Covid-19 kerana banyak masa dihabiskan di rumah.

Degil tetap nak minum

Ini adalah kisah antara seorang ibu yang dikenali dengan nama Aimi Najihah dan anak lelakinya. Menerusi perkongsian di TikTok, ibunya telah memuat naik sebuah rakaman video anaknya yang berkeras ingin minum santan.

Berdasarkan perbualan keluarga ini, anaknya telah salah faham apabila menganggap kotak santan itu adalah kotak susu kerana seakan mirip.

Tak boleh! Ni santan bukan susu. Ambil la dah tak percaya sangat! Dah cakap santan.

Tak sedap seperti dibayang

@jieha_adonhahhahaha padan muke minum santan?? Oh No, Oh No, Oh No No No Song – Tiktok Remix – Tik tok

Selepas minum santan itu, wajah anak lelaki terus berubah seakan menyesal tidak mendengar kata. Tidak menunggu lama, dia terus meletakkan kotak santan itu sambil menggelengkan kepala.

Gelagat anak kecil ini ternyata telah mencuit hati netizen yang menonton. Ada pengikut yang berpendapat ini adalah salah satu cara untuk mengajar kanak-kanak.

Malah, ada juga yang pernah mengalami pengalaman sama bersama anak-anak mereka.

 

Sumber: TikTok jieha_adon

 

 

SKIP THIS AD ×