Kejadian rogol dan pencabulan melibatkan kanak-kanak bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita hari ini. Seperti kisah yang nak kami kongsikan ini, dua anaknya dirogol dan diliwat adiknya sendiri ketika dia keluar bekerja.
Paling mengejutkan apabila anaknya beritahu dia dirogol semenjak darjah 3! Bayangkan bertahun adik ni menanggung kesengsaraan. Dalam kes sebegini, JKM memainkan peranan yang agak penting demi melindungi mangsa. Namun…
Dirogol adik yang sangat rapat dengannya
Semalam, saya ada menulis tentang satu kes dimana bapa saudara merogol dan meliwat dua anak saudaranya sudah lebih dari setahun. Si ibu menceritakan, awal tahun ini anaknya yang paling bongsu nampak kemurungan. Saya namakan si ibu sebagai Sha. Sha kata, bila kedua anaknya beritahu berkenaan hal itu, dia rasa seakan dunia nak kiamat. Si pelaku adalah adik yang paling rapat dengannya. Dia percayakan adiknya. Bila dia keluar bekerja anak-anak ditinggalkan bersama adiknya di rumah.
Bapa tiri (suami Sha), muda lebih 6 tahun dari Sha mencadangkan buat laporan polis. Sampai balai, polis suruh buat medical report.
Si adik ada koyakan di usus, si kakak ada koyakan lama
Doktor kata anak bongsunya ada koyakan di usus. Diliwat maknanya. Depan tak ada. Masa doktor masukkan alat tu dia menangis. Anak dia kata, ‘sakit mak macam pakcik buat’. Si kakak ada koyakan lama, bila ditanya, semua diceritakan dari A-Z.
Anak sulungnya, 16, dirogol semenjak dari darjah 3. Manakala anak bongsunya sekarang darjah 6, diliwat (bermula pada Februari tahun ini dan kali terakhir pada bulan Mei)
‘Pegawai JKM mendakwa, sebagai ibu mustahil Sha tidak sedar anaknya dirogol. Sha agak cuai dalam menjaga anak-anak. Pegawai tu kata lagi anak Sha ini baik letak dekat sekolah pemulihan akhlak… dan macam-macam lagi’
Dalam kes ini, JKM memainkan peranan penting
Pendapat saya: JKM mempunyai kuasa dan merupakan satu agensi penting dalam menangani hal-hal sebegini. Namun, kuasa mereka terhad dari aspek tenaga kerja dan sebagainya. Dan segala tindakan yang diambil mereka berdasarkan undang-undang. Saya percaya itu. Namun, saya juga percaya banyak penambahbaikan perlu dibuat badan ini.
Dalam kes di atas, cerita hanya didengar sebelah pihak sahaja. Jangan terlalu terlalu cepat menghukum. Amat sedih membayangkan perasaan dan dugaan dilalui si ibu. Saya sama sekali tidak menyalahkan JKM tetapi mungkin silap pada kata-kata pegawainya. Dan lagi sekali saya tegaskan, ini hanya cerita sebelah pihak sahaja.
Sekarang ini, ibu ini seminggu sekali akan report kepada pegawai JKM perkembangan anaknya. Saya harap ibu ini baik-baik sahaja.
Dalam kebanyakan kes lain, JKM adalah satu badan pelindung terbaik bagi kanak-kanak. Yang mana mereka bekerjasama dengan keluarga mangsa itu sendiri untuk melindungi kanak-kanak.
Dan apa terjadi kepada bapa saudara mereka? Sementara ini, kes ini masih di dalam siasatan.
Jadikan kisah ini sebagai pengajaran
Polis sedang menjalankan tugas mereka sebaiknya. Begitu juga dengan JKM. Namun, ketahuilah bahawa perkara ini sangat sukar untuk si ibu juga. Dia dah cuba buat yang terbaik untuk anak-anak.
Dan jika si ibu tidak mahu memisahkan anak daripada si pelaku dan masih lagi tinggal di bawah satu bumbung sepertimana sebelum ini. JKM mempunyai hak untuk melindungi kanak-kanak tersebut daripada menjadi mangsa.
Jangan cepat menghukum JKM. Dalam perkara ini saya hanya bersangka baik. Saya pun masih fikir apa yang patut dilakukan untuk bantu mereka. Melindungi, mendapatkan hak dan mungkin menyediakan terapi untuk menangani trauma yang dihadapi.
sumber : facebook Syed Azmi