Isteri kepada penerbit Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail tampil mempertahankan bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana di Instagram (IG). Ini susulan pelbagai komen kurang senang timbul selepas aktres itu sah bercerai dengan pengarah, Syamsul Yusof.
Artikel Berkaitan: Bekas Menantu Kazar Sibuk Hal Idah, Puteri Sarah Suruh Simpan Duit Bayar Saman
Artikel Berkaitan: Netizen Cemburu Tengok Hubungan Rapat Dengan Bapa Mentua, Puteri Sarah Tak Diam Dik!
Artikel Berkaitan: ‘Bertahun Puteri Sarah Menunggu Kepulangan Suami’ – Patimah Ismail
Biar meroyan
Menerusi hantaran itu, Patimah menegaskan Puteri Sarah tidak pernah menjadi ‘kudis’ dalam keluarganya. Kata Patimah, punca Puteri Sarah kerap diganggu disebabkan rasa cemburu.
Tak jadi kudis pun, biar dia meroyan. Cemburu tu.
Meskipun ringkas kapsyen ditulis namun itu sudah cukup menunjukkan kasih sayang Patimah terhadap Puteri Sarah.
Mentua dari syurga
Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji dengan sikap Patimah yang sentiasa berpihak kepada pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.
Selain itu, ada juga segelintir netizen yang mendakwa isteri Syamsul iaitu Ira Kazar cemburu melihat kecantikan ibu kepada dua cahaya mata ini serta pencapaian yang diperoleh dalam dunia seni dan perniagaan.
Sebelum ini, ada pihak yang ‘sakit mata’ melihat keakraban Puteri Sarah dengan Yusof Haslan dalam program Sepahtu Reunion Live, baru-baru ini.
Bukan itu saja, Puteri Sarah turut menerima komen yang meminta dia menjauhkan diri daripada bapa mentuanya itu kerana bersimpati dengan Ira Kazar.
Pada 5 Januari lalu, Syamsul mengaku sudah berkahwin Ira atau Faghirah Kazaruddin di Thailand.
Selepas lima bulan, kemelut rumah tangga Syamsul dengan bekas isteri pertama, Puteri Sarah Liyana akhirnya berakhir apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Instagram