berita

Buat Kaki Mobile Legends, DOTA 2 & PES 2019, Jom Gegarkan Final XPAXKEK Hujung Minggu Ini

April 25th, 2019 | by Arini Saleh
Shout Out!

XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) Semester 1 2019 kini sudah menghampiri peringkat akhir. Seramai 16 pasukan terbaik dari seluruh negara akan bertanding untuk membawa pulang hadiah terkumpul sebanyak RM180,000!

Jadi kepada kaki gamers di luar sana, apa kata sama-sama saksikan kehebatan 16 wakil ini bermain permainan Mobile Legends Bang Bang, Pro Evolution Soccer 2019 dan DOTA 2 di Sunway Pyramid Ice Rink, Sunway City Kuala Lumpur pada 26 & 27 April bermula jam 10 pagi. Nak tahu apa yang best? Baca ni..

The shout casters – Adam ‘SparTankeR’ Faiz & Radzi ‘Ikuto’ Rahman

Kaki game mesti kenal profesional Caster & Streamer, Adam ‘SparTankerR’ Faiz ini kan? Mempunyai pengalaman meluas dalam permainan Mobile Legends, Adam baru-baru ini turut menghadiri Kejohanan E-Sukan Kampus di UiTM Lendu untuk memberi tips bagaimana memulakan stream bagi mereka yang mahu berjinak-jinak live sambil bermain game.

Selain Adam, pengulas profesional Radzi ‘Ikuto’ Rahman juga akan bersama-sama korang mengulas perlawanan hebat pemain-pemain dari pelbagai universiti ini. Tak sabarnya!

Showmatch Xpax X-Assins

Lagi best, pasukan Malaysia di bawah global top 10 musim MPL lalu, XPAX X-Assins pun ada. Buat pengetahuan korang, pemain muda yang terdiri daripada Arab, Artha, Saiyajinn, Nami, Kuku Besi dan Smooth ini akan digilap bakat untuk bertanding kelayakan SUKAN SEA 2019 di Filipina November nanti. Hebat kan?

Jadi korang yang nak tengok showmatch daripada X-Assins ini bolehlah ramai-ramai ke Sunway Pyramid Ice Rink, Sunway City Kuala Lumpur pada 26 & 27 April ini.

Penampilan istimewa selebriti

Memang tak sah kalau acara tidak diserikan dengan persembahan daripada artis-artis tanah air. Antara penyanyi yang hadir adalah Ara Johari, Andi Bernadee, Indah Ruhaila, Aina Abdul dan kumpulan Bittersweet. Mesti korang tak sabar nak tengok artis kegemaran korang menyanyi secara langsung kan?

Pelbagai aktiviti menarik disediakan

Bukan itu sahaja, korang yang hadir juga berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan di booth. Yang paling menarik, korang boleh cuba permainan VR dan console games play secara percuma!

Hadiah cabutan bertuah yang lumayan

Setiap yang datang berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang sangat lumayan! Ada gaming chair, laptop, headset, tiket masuk ke Lost World Tambun dan banyak lagi! Bertuah siapa yang dapat ni tau.

Jom battle!

Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai hadir untuk memeriahkan XPAXKEK battle ini. Masuk adalah percuma.

Tarikh: 26 & 27 April 2019

Masa: Bermula jam 10 pagi (MLBB Finals pada 27th April 2019, 6 petang)

Tempat: Sunway Pyramid Ice Rink, Sunway City Kuala Lumpur

Jumpa di sana!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×