berita

Dakwa Guru Lelaki Buat Lawak ‘Rogol’ Dalam Kelas, Pelajar Terima Notis Tuntutan Fitnah RM1 Juta

August 5th, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, seorang pelajar perempuan iaitu Ain Husniza Saiful Nizam pernah mendedahkan mengenai dakwaan jenaka rogol yang dilakukan oleh seorang guru di sekolahnya. Tak dinafikan, pendedahan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada seluruh rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan: Isu Lawak Lucah, Pelajar Ini Dakwa Terima Surat Amaran Bakal Dibuang Sekolah

Artikel Berkaitan: Dipercayai Sebut Unsur ‘Rogol’ Dalam Kelas, Polis Sudah Ambil Keterangan Guru & Pelajar

Terbaru, Ain mendakwa telah menerima satu notis tuntutan fitnah berjumlah RM1 juta daripada guru lelaki berkenaan.

Dituntut bayar RM1 juta

Instagram Ain Husniza

Berdasarkan tuntutan yang difailkan oleh guru lelaki berkenaan, dia mendakwa pelajar tingkatan lima itu telah melakukan fitnah dan mengaitkan dirinya dalam isu gurauan berbaur lucah semasa di dalam kelas. Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik Ain di Twitter, dia mendakwa diberi masa selama tujuh hari untuk membayar ganti rugi berjumlah RM1 juta atas kenyataan yang dikeluarkannya di sebelum ini.

Hari ini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas ‘pernyataan-pernyataan fitnah’. Dalam surat ni Ain diberi 7 hari untuk untuk semua tuntutan ni, antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi.

Sementara itu, bapa Ain iaitu Saiful Nizam menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan terdapat lima tuntutan yang difailkan ke atas dirinya, isteri dan anak perempuannya itu. Meskipun begitu, dia tidak menyatakan secara terperinci mengenai tuntutan tersebut. Menerusi laporan Sinar Harian, Saiful Nizam memaklumkan guru lelaki berkenaan menuntut supaya mereka menarik balik, melakukan permohanan maaf dan membayar ganti rugi.

Dia menuntut untuk menarik balik, membuat permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM1 juta.

Perkongsian Ain di Twitter

Sumber: Ain Husniza, Saiful Nizam, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×