berita

‘Duhai Saudaraku, April Fool Juga Haram Di Sisi Islam’ – Amin Idris Tegur Aliff Syukri, Saran Pimpin Keluarga Kejar 10 Malam Terakhir Ramadan

April 3rd, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini tampil mengatakan tindakannya yang memuat naik muzik video lagu raya kontroversi sebelum ini hanyalah untuk bergurau bersempena dengan ‘April Fool’.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘April Fool! Saya Tak Keluarkan Lagu Raya Pun Tahun Ini, Saja Prank Korang Semua’ – Aliff Syukri

Amin Idris tegur Aliff Syukri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amin Idris (@amin_idris)

Terbaharu, pendakwah selebriti iaitu Amin Idris tampil menegur kenyataan yang dibuat Aliff itu menerusi Instagram (IG).

Menerusi hantaran tersebut, Amin tampil menjelaskan kepada Aliff sebab mengapa perbuatan ‘April Fool’ itu difatwakan sebagai haram disisi syarak.

Bahkan, Amin turut mempersoalkan tindakan Aliff yang dilihat seolah-olah hanya mahu mengelakkan dirinya daripada diboikot orang awam.

Duhai saudaraku Aliff Syukri, tahukah saudara ‘April Fool’ hukumnya haram, sepakat para ulama’ satu dunia?

Kenapa? Kerana ‘April Fool’ menggalakkan gurauan menipu dan melampau. Satu Malaysia telah ditipu.

Saudara mampu minta maaf setiap orang yang ditipu? Atau sekadar nak selamatkan diri dari diboikot?

Buat dosa dengan Allah, boleh minta ampun dan diampunkan. Buat salah dengan menipu manusia, Allah takkan ampunkan dosa selagi manusia tidak maafkan.

Di akhir hantaran, Amin sempat menitipkan nasihat buat Aliff dengan menyarankannya untuk memimpin ahli keluarga mengejar pahala di 10 malam terakhir bulan Ramadan.

Saranan saya, sebagai ketua keluarga, pimpinlah mereka untuk memburu malam Al-Qadar di 10 akhir Ramadhan ini.

Dibimbangi inilah Ramadhan terakhir kita.

Terdahulu, Aliff menerima kecaman daripada netizen selepas memuat naik muzik video (MV) ‘Love Raya’ nyanyiannya yang didakwa keterlaluan dan tidak mencerminkan akhlak umat Islam.

Video tersebut turut mendapat perhatian Bonda Rozita yang turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan anaknya itu.

Menurut Rozita, anaknya sepatutnya berasa malu kerana memuat naik konten kurang sopan di media sosial.

Walau bagaimapun, bapa kepada lima orang anak itu kemudiannya tampil membuat permohonan maaf dan mendakwa perbuatannya itu sebagai gurauan sempena ‘April Fool’.

Sumber: Instagram Amin Idris

SKIP THIS AD ×