berita

Geram Suami Banyak Beli Jam Masa Live, Wanita Rayu Peniaga Jangan Jual – ‘Nama Dia Zakuan’

August 23rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri. Ada yang sanggup menghabiskan satu jumlah wang untuk membeli koleksi yang sama berulang kali bagi memenuhi kehendak.

Jangan jual jam dekat suami saya

@erinladollybeli jam banyak2, pakainya 1 ? ##fyp ##fyp? ##fy ##fypage ##gshockmalaysia ##gshock? original sound – eld

Ini kisah daripada seorang pengguna TikTok @erinladolly yang meminta penjual jam tangan G-Shock agar tidak menjual aksesori berkenaan kepada suaminya yang dikenali dengan nama Zakuan Chor.

Menurut wanita tersebut, suaminya sudah mempunyai pelbagai koleksi jam gara-gara sering menonton siaran langsung jualan di Facebook.

You jangan jual sama suami saya okey. Nama dia Zakuan Chor.

Suami you datang, i suruh cari isteri dulu

Menghormati permintaan si isteri, penjual itu memaklumkan kepada rakan sekerjanya mengenai perkara tersebut di samping ‘pinned’ komen itu di ruangan komen.

Kata penjual itu, dia akan menyekat nama suami wanita tersebut daripada membeli koleksi jualannya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan reaksi penjual itu malah ada yang memuji kerana dia melayan permintaan wanita berkenaan.

Sehingga artikel ini ditulis, video yang berdurasi 31 saat itu telah mendapat lebih 83,000 tanda suka dan hampir 2,000 komen.

 

Sumber: TikTok @erinladolly

SKIP THIS AD ×