berita

Harga Arang Batu Meningkat Secara Global.. Kita Kena Risau Ke?

February 7th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Harga arang batu meningkat ini bukan sahaja menjadi masalah di negara Malaysia tapi ia juga menjadi masalah kepada negara-negara lain seperti China, Indonesia, India, Singapura dan juga Filipina.

Bukan sahaja ia memberi sedikit tekanan kepada sektor tenaga, malahan ia juga boleh menjejaskan sektor-sektor lain.  Sebelum tu, jom kita tengok dulu bagaimana negara lain menghadapi kenaikan harga arang batu dan bagaimana ia memberi impak kepada negara-negara tersebut.

India

Aktiviti perlombongan arang batu di India menyumbang sebanyak 80% ke atas bekalan negara mereka. Walaupun begitu, mereka masih tidak berupaya untuk menampung permintaan  tersebut dan harga arang batu import yang tinggi menjadikan ia merupakan pilihan yang tidak wajar.

Antara proses yang paling terkesan akan pengurangan arang batu ini ialah loji jana kuasa dan juga loji jana kuasa tenaga yang kini bertindak untuk mengehadkan atau menggantung operasi masing-masing.

Walaupun kerajaan India berusaha untuk menangani masalah itu, namun beberapa negeri masih mengalami masalah kekurangan tenaga yang  serius dan menjejaskan penduduk kediaman.

Singapura

Singapura atau Republik Singapura merupakan antara negara Asia yang mempunyai liberalisasi pasaran elektrik sepenuhnya.

Disebabkan itu para peruncit mengalami tekanan kerana mereka tidak mempunyai aset penjanaanan tenaga sendiri, jadi apabila tarif elektrik pengguna terikat kepada kontrak tetap, segelintir peruncit mengalami kerugian bagi setiap unit tenaga yang dijual . Hal ini terjadi apabila permintaan tenaga meningkat berbanding biasa.

Hal ini memaksa, lima peruncit termasuk iSwitch yang juga peruncit tenaga bebas terbesar Singapura, bertindak menamatkan operasi.

China

Masalah bekalan tenaga yang rendah menyebabkan kejadian bekalan elektrik  di China  terputus dan menjejaskan isi rumah. 

Keadaan ini juga memaksa pihak kilang di negara kuasa besar eksport itu bertindak mengurangkan pengeluaran, sekali gus mengancam pemulihan China daripada impak pandemik. 

Hal ini menyebabkan rantaian bekalan global terganggu

Indonesia

Masalah ini menyebabkan Indonesia, pengeksport arang batu terbesar dunia, menggantung eksport arang batu bermula 1 Januari 2022.

Paras inventori arang baru yang sangat rendah memaksa keputusan itu dibuat. Akibat daripada perkara tersebut, ekonomi terbesar Asia Tenggara itu di ambang gangguan tenaga yang meluas dan seterusnya mendorong harga arang batu di Australia dan China meningkat lebih tinggi. Bagaimana pun, Indonesia telah pun menarik balik larangan eksport arang batu beberapa minggu lepas.

Adakah harga elektrik di Malaysia juga akan terjejas dan bersangkut-paut dengan negara diatas?

Di Malaysia, tarif elektrik ditentukan oleh kerajaan melalui  rangka kerja Kawal Selia  Berasaskan Insentif (IBR). Melalui IBR , mekanisme ICPT membenarkan pelarasan harga bahan api bagi sektor elektrik setiap enam bulan.

IBR ini digunakan di banyak negara lain juga antaranya  seperti Germany, United Kingdom, Canada, France, Philippines. Ia digunakan supaya pengguna dapat menggunakan tenaga elektrik dengan kadar tarif yang berpatutan.

Untuk pengetahuan, Malaysia menikmati tarif elektrik domestik dan purata gangguan bekalan elektrik antara yang terendah di peringkat antarabangsa berbanding dengan Thailand, Singapura, Perancis, United Kingdom, Australia dan Itali.

Rangka kerja IBR ini terdiri daripada dua iaitu tarif asas dan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT)

Mesti korang terfikir, macam mana pulak harga bahan api tu mempengaruhi bil elektrik kita? Jom min explain lebih lanjut. 

Jangan risau, sebab kerajaan telah bersetuju untuk mengekalkan kadar tarif elektrik semasa!

Kerajaan pada 26 Januari 2022 telah bersetuju mengekalkan kadar tarif elektrik semasa bagi pengguna-pengguna domestik di Semenanjung untuk tempoh kawal selia (Regulatory Period 3 – RP3) bermula pada 1 Februari 2022 hingga 31 Disember 2024 di bawah mekanisme Incentive-Based Regulation (IBR).

Kadar tarif ini telah digunakan sejak 1 Januari 2014 apabila mekanisme IBR diperkenalkan sebagai dasar baru dalam penetapan tarif elektrik. Keputusan ini juga akan dilaksanakan  kepada pengguna komersial dan industri.

Bagi tempoh 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021, berlaku peningkatan dalam kos bahan api dan kos penjanaan lain sebanyak RM1.67 bilion, ekoran daripada kenaikan harga arang batu yang tinggi di pasaran sehingga mencecah USD200 per tan. 

Di bawah mekanisme ICPT yang disemak setiap enam  bulan, Kerajaan telah memutuskan supaya bagi tempoh 1 Februari hingga 30 Jun 2022 pelaksanaan pelarasan tarif elektrik adalah seperti berikut:

  1. Pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan. Untuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna-pengguna domestik di Semenanjung; dan
  2. Pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj kepada semua pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri.

Bagi mengekalkan pemberian rebat dan tanggungan kos surcaj ICPT sepenuhnya kepada semua pengguna domestik, Kerajaan memperuntukkan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik sebanyak RM715 juta untuk menanggung kos tersebut. 

Korang  boleh guna cara ni untuk guna elektrik secara cekap!

Selain itu, korang pun sebenarnya boleh kurangkan penggunaan elektrik di  premis masing-masing!

Antara cara yang korang boleh buat berdasarkan tip-tip dari Suruhanjaya Tenaga ialah:

  • Melaksanakan audit penggunaan tenaga dengan cara memantau dan menganalisa penggunaan elektrik serta mengenal pasti peralatan, proses dan sistem yang boleh ditambah baik.  
  • membeli peralatan elektrik yang mempunyai penarafan 5-Bintang yang memberikan lebih banyak penjimatan elektrik. Buat masa ini, pengguna boleh  tebus e-rebat bernilai sehingga maksimum RM400 bagi pembelian peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 atau 5 Bintang oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah Program SAVE 3.0.
  • Pastikan suis ditutup apabila tidak digunakan bagi mengelakkan pembaziran elektrik. 
  • Gunakan peralatan elektrik dengan lebih cekap, contohnya menetapkan suhu pendingin hawa di antara 24°C sehingga 26°C. 

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×