berita

Ibu-Ibu, Jom Buat Cabaran Tarian Scott’s Bersama Anak Korang Untuk Memenangi Set LEGO Bernilai RM500!

October 25th, 2023 | by Nurul
Editorial Support

Baru-baru ni, telah trending di sosial media satu cabaran tarian di mana ramai ibu bapa lakukan bersama anak-anak mereka. Korang pernah tengok tak?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Melissa Tan (@misspopsasa)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amirah Azmi (@amirahazmi_)

Alamak, kalau korang belum tengok, korang pun tak boleh ketinggalan tau! Malah super mum Amirah dan Melissa pun dah turut serta dalam cabaran tarian yang sangat fun ni bersama anak-anak mereka, comel sangat!

Seronok betul tengok kedua-dua ibu dan anak ni menari bersama-sama dengan lagu super bop yang akan membuatkan korang pun rasa nak angguk-angguk kepala. Lagunya pendek je, tetapi boleh nampak mereka enjoy sangat!

Malah, kalau korang pergi ke Instagram atau TikTok, dan cari hashtag #ItsScottsTime, korang akan lihat ramai ibu bapa dan anak-anak turut melakukan cabaran ni.

Sekiranya korang masih tidak tahu, cabaran tarian yang sangat menyeronokkan ini adalah dari Scott’s!

Scott’s tahu betapa pentingnya ibu bapa dalam menggalakkan anak mereka belajar dan meneroka, itulah sebabnya mereka membuat cabaran tarian #ItsScottsTime.

Malah, cabaran tarian ini sangat mudah untuk diikuti; ia hanya memerlukan seorang kanak-kanak dan ibu mereka untuk menari bersama lagu tema kempen Scott’s. It’s Scott’s time, ddu ddu du du!

Lebih menarik, Scott’s akan memberikan 10 set LEGO bernilai RM500 setiap satu kepada 10 pemenang dengan video paling kreatif, wow!

Mesti korang dah excited kan? Berikut ialah langkah-langkah untuk mengambil bahagian dalam cabaran ini:

LANGKAH 1: Pergi ke post Instagram atau TikTok Scott’s. Gunakan audio #ItsScottsTime dalam post tersebut.

LANGKAH 2: Rakam diri korang dan anak korang melakukan cabaran tarian #ItsScottsTime

LANGKAH 3: Post video korang di TikTok atau Instagram, tag dan ikuti @Scotts_MY (IG) atau @scotts_malaysia (TikTok), dan sertakan hashtag #ItsScottsTime

Mudah je kan? Oh, jangan lupa setkan akaun korang kepada public. Tempoh peraduan adalah dari sekarang sehingga 31 Oktober, tetapi lebih baik korang cepat, sebab dah ramai yang join ni. Semoga berjaya!

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk pengetahuan korang, tujuan cabaran tarian Scott’s sebenarnya adalah untuk mengingatkan ibu bapa bahawa persekitaran yang merangsang adalah penting untuk menimbulkan rasa ingin tahu anak-anak dan ianya dapat dicapai melalui DHA di dalam diet mereka.

DHA adalah singkatan kepada asid docosahexaenoic, iaitu asid lemak omega-3 yang baik untuk perkembangan jantung dan otak. Menurut Medical News Today, kanak-kanak memerlukan DHA untuk otak, mata, dan sistem saraf mereka berkembang.

Scott’s Gummies dengan DHA, padat dengan perisa buah-buahan yang lazat yang mengandungi DHA dan vitamin D serta dirumus dengan teknologi mikroenkapsulasi untuk membantu mengunci kebaikan DHA tanpa sebarang rasa hanyir sangat sesuai buat juara kecil korang. 

Ibu bapa disyorkan untuk memberi anak mereka tiga gummies yang sedap ini setiap hari untuk pembelajaran dan penerokaan mereka sepanjang hari. Ketahui lebih lanjut tentang Scott’s Gummies dengan DHA di sini.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom ke halaman Instagram dan TikTok Scott’s hari ini juga untuk menyertai cabaran tarian yang menyeronokkan ni!

PM-MY-SCT-23-00158

Maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan pendidikan dan komunikasi sahaja dan ia tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat perubatan peribadi. Maklumat yang diterbitkan dalam artikel ini tidak bertujuan untuk menggantikan, menggantikan atau menambah perundingan dengan profesional kesihatan mengenai penjagaan perubatan pembaca sendiri.

 

SKIP THIS AD ×