Gambar sekadar hiasan
Polis membongkar kes kematian seorang kanak-kanak yang dipercayai didera oleh ibu dan teman lelakinya berikutan laporan palsu yang dibuat.
Artikel Berkaitan: Bapa Syok Pergi ‘Bercuti’, Anak 10 Tahun Ditemui Mati Di Rumah
Artikel Berkaitan: Lelaki Culik Anak Bekas Teman Wanita, Letak Bayi Dalam Beg Tangan & Gantung Pada Motosikal
Cedera pada tisu lembut
Memetik laporan Berita Harian, seorang kanak-kanak berusia lima tahun dilaporkan meninggal dunia dipercayai didera oleh pasangan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Mayang, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalangan berkata wanita dan teman lelakinya itu ditahan kerana disyaki membuat laporan palsu berhubung kecederaan yang dialami kanak-kanak tersebut dengan mendakwa mangsa dilanggar lori.
Kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Serdang pada jam 12.50 tengah malam Selasa lalu selepas tidak sedarkan diri dan pihak hospital dimaklumkan kanak-kanak itu dilanggar kereta.
Pasukan perubatan memberikan bantuan CPR, tetapi tiada respons positif sebelum mangsa disahkan meninggal dunia. Pemeriksaan lanjut pada badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam dan luka lama, disyaki akibat didera.
Walau bagaimanapun, hasil siasatan mendapati kejadian kemalangan tersebut tidak berlaku manakala semakan mendapati lori yang dipandu adalah sebuah kenderaan curi pernah yang dilaporkan hilang sebelum ini.
Hasil siasatan lanjut ke atas kedua-dua suspek, akhirnya mereka mengaku mendera mangsa sehingga menyebabkan kematian. Berikutan itu, ibu mangsa yang tidak bekerja dan teman lelakinya yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan untuk membantu siasatan.
Dalam pada itu, laporan bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut yang banyak pada tubuhnya kerana sering dipukul.
Kita dapati motif kejadian berpunca tabiat yang suka mendera anak, bagaimanapun siasatan masih diteruskan. Selain itu, siasatan mendapati wanita terbabit tinggal bersama teman lelakinya itu sejak suaminya meninggal dunia pada September 2022.
Sementara itu, ujian air kencing terhadap wanita berusia 44 tahun dan teman lelakinya berusia 29 tahun tersebut mendapati mereka positif methamphetamine dan amphetamin.
Susulan itu, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Sumber: Berita Harian