Menjadi rider servis penghantaran dan pemandu e-hailing sememangnya bukan tugas yang mudah. Nampak macam senang je kerja mereka ni kan, tapi hakikatnya susah tau nak jaga hati para pelanggan ni.
Macam-macam situasi diorang kena hadap dan ada 1001 masalah yang korang tak pernah tahu pun.
Jom kita dengar luahan dan perkongsian abang rider kita sepanjang mereka menjalankan tugas.
“Suara pelanggan sayup-sayup kedengaran.” – Arif, 22
Telefon memainkan peranan penting untuk para rider. Kata Ariff, tanpa telefon diorang tak boleh bekerja. Telefon ni bukan sahaja jadi medium untuk terima pesanan pelanggan tetapi ianya juga merupakan alat komunikasi dua hala diantara pelanggan dan penghantar barang.
“Telefon penting, tapi rangkaian telefon lagi penting. Ada sesetengah rangkaian telefon internetnya perlahan, talian pun tak berapa kuat dekat kawasan-kawasan tertentu.”
“Pernah ada pelanggan hubungi saya sebelum penghantaran dilakukan tetapi dia hubungi melalui aplikasi penghantaran, suara dia saya tak dengar. So, saya pun matikan panggilan tersebut. Lepas tu, saya telefon pelanggan semula, itu pun suara pelanggan sayup-sayup kedengaran, slow gila suara dia”.
“Ingatkan dah kena trick atau prank tapi bila saya tengok semula telefon baru saya perasan, rangkaian telefon saya cuma dua bar je masa tu.” Ceritanya kepada kami.
“Hantar gambar tapi pelanggan tak dapat” – Saiful, 25
Menurut Saiful, pelanggan ni ada macam-macam perangai. Tapi tak semuanya suka marah-marah atau terus menghukum kita apabila ada masalah dengan penghantaran.
“Pernah saya hantar barang ke sebuah kondo di area Mont Kiara. Pelanggan tak ada dirumah jadi dia pesan untuk hantar bungkusannya di pos pengawal keselamatan.”
“Eh tiba-tiba malam tu pelanggan telefon saya dan tanya dimana saya tinggalkan barangan tersebut. Saya jawab, saya dah bagi pada pengawal keselamatan dan saya dah hantar gambar pada encik. Bila saya check semula, rupa-rupanya gambar tu tak berjaya dihantar pun mungkin sebab ada gangguan internet. Saya pun loading kembali gambar tersebut dan hantar semula pada pelanggan.”
“Saya rasa bersalah dan berulang kali minta maaf. Nasib baik dia tak marah dan faham situasi saya lagipun pengawal keselamatan salah letak bungkusan pelanggan dalam stor mereka”. Cerita Saiful sambil mengeleng-geleng kepalannya.
“Order kena sapu dengan rider lain” – Aidil, 32
2 tahun menceburkan diri dalam bidang penghantaran makanan dan barang, Aidil, 32, merupakan salah seorang senior rider yang sempat penulis temu bual. Murah dengan senyuman, lelaki berkulit hitam manis ni begitu ramah berkongsi ceritanya.
“Inilah realiti sebenar kehidupan rider macam kami. Sebenarnya kami hari-hari berebut order sesama sendiri. Ye la, masing-masing ada target nak achieved. Kadang tu, kita nak ambil order yang masuk tapi disebabkan internet kita perlahan, pesanan tersebut dah kena sapu dengan rider lain.”
“Nasihat abang, kalau korang yang nak jadi rider, hati kena kental sebab nak dapat job pun kena berebut. Senjata kena padu. Internet dengan rangkaian telefon seboleh-bolehnya 4G. Kalau tak, kau akan tersidai sebab order dah kena rembat dengan rider lain.”
“Tet,tet,tet dan terus senyap…”-Iman Baharom, 30
Menceburi bidang penghantaran kerana waktu pekerjaan yang lebih fleksibel, Muhammad Iman, turut berkongsi sedikit sebanyak isu penghantaran yang dialaminya sebelum ini.
“Biasanya saya pukul 8.30 pagi dah jalan. Ada satu pagi ni saya kena pick-up barang di Pelangi Damansara. Bila sampai ke destinasi, saya dengan konfiden terus call pelanggan, yang peliknya hanya bunyi tet,tet,tet dan terus senyap… Saya ingatkan takde line tapi yang peliknya internet laju je.
“Jadi, terpaksa la telefon pelanggan guna Whatsapp. Nasib baik pelanggan alert. Check punya check rupanya kredit habis. Masa tu baru saya teringat yang saya belum topup lagi prepaid lepas beli internet untuk main game malam sebelum hari kejadian.”
“Bermula daripada peristiwa itulah saya mula langgan pelan bayaran bulanan. Serik dah!” Terang Iman kepada kami.
Komunikasi lebih baik dengan redONE Postpaid!
Banyak betul masalah jadi rider. Panggilan pelanggan tak jelas, order kena sapu dengan rider lain, gambar tak loading dan macam-macam lagi la.
Kini, semua masalah tersebut boleh diatasi dengan pelan tanpa had redONE Postpaid MyCare50 yang direka khas untuk pemandu e-Hailing dan penunggang p-Hailing! Hanya RM50 sebulan untuk menikmati internet dan panggilan tanpa had kesemua rangkaian serta perlindungan takaful sehingga RM100,000!
Pelan redONE Postpaid MyCare50 memang terbaik!
Untung besar korang kalau langgan pelan tanpa had redONE Postpaid MyCare50. Kalau kemalangan dan kena tahan di wad hospital korang akan dapat sehingga RM200 sehari sebagai gantian pendapatan harian. Bukan itu je, jika korang perlukan peralatan perubatan, bantuan bernilai RM1,000 ada disediakan. Yuran ambulans pun ditanggung sehingga RM100!
Jika kecederaan yang dialami lebih kritikal seperti kehilangan keupayaan kekal, pampasan RM100,000 akan diberikan. Memang menyeluruh perlindungan yang ditawarkan.
Jom langgan pelan redONE Postpaid MyCare50 sekarang!!!
Semak Terma & Syarat/ tuntutan di https://www.redone.com.my/ms/promotion/mycare50/