berita

Jantung Lemah & Organ Dalaman Rosak, Bapa Ashraf Muslim Kritikal Selepas Dijangkiti Covid-19 – ‘Dia Sedang Melalui Proses Yang Sukar’

September 20th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Ashraf Muslim diduga selepas bapa tercinta, Hj Muslim Bulat telah disahkan positif Covid dan kini sedang berada dalam keadaan kritikal di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Covid-19 tahap 5

Akui berada dalam keadaan resah, Ashraf, 40, menyatakan bapanya terpaksa di intubasi selepas sebahagian organ telah rosak serta degupan jantung makin lemah.

Justeru, pemilik nama Muhd Ashraf Muslim memohon doa daripada orang ramai agar bapanya dapat melepasi fasa sukar dan kembali sembuh seperti biasa.

Ya Allah. Hari ini bangun tidur rasa sangat-sangatlah sayu.. puas pujuk hati ni tapi gagal juga pagi ni. Memang pagi ni saya paksa diri saya untuk sampaikan berita ini.

Beberapa hari yang lepas ayah saya Hj Muslim Bulat telah dijangkiti Covid-19, kategori Covid 5B dan sekarang sedang di intubasi di unit rawatan wad separa kritikal (IDCU), PPUM. Dia sedang melalui proses yang sukar sekarang ini.

Jantungnya semakin lemah. Sebahagian organ dalam telah rosak. Saya mohon sangat-sangat kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mendoakan beliau kuat dan diberi kesembuhan dengan cepat.

Belum sedia kehilangan

Tambah pelakon drama Dia Menantu Rahsia, dia belum bersedia untuk terima sebarang berita buruk yang melibatkan bapanya. Jadi, dia berharap agar ada keajaiban yang akan berlaku dalam tempoh masa terdekat ini.

Dalam hidup terlalu banyak pengorbanan yang telah ku lakukan tapi Ya Allah aku belum sedia lagi untuk terima perkara yang tak diingini berlaku terhadap ayahandaku.

Apa yang diharapkan sekarang ialah keajaiban yang berlaku terhadap ayah kembali sihat seperti biasa. Ya Allah bantulah ayahku.

 

Sumber: Instagram @ashrafmuslim

SKIP THIS AD ×