berita

Kontroversi 4 Artis Disebabkan Kelab Malam

December 23rd, 2014 | by Wan
Isu & Kontroversi

kelab mlm

Rasanya semua artis tak suka apabila dikaitkan berkunjung ke kelab malam walhal sekadar menghilangkan stress atau menghadiri event. Iyalah nama pun kelab malam, mesti peminat membayangkan perkara perkara yang tak elok kan.

So kalau korang nak tahu siapa artis yang dimaksudkan, jom kita layan throwback ini.

Erin Malek Memang Seksi

erin-malek2

Selepas beberapa hari melangsungkan perkahwinan, Erin Malek dihambat kontroversi apabila tersebarnya gambar berpesta di sebuah kelab malam.

Artikel Berkaitan: Foto Erin Malek Di Rootz Club KL Adalah Satu Babak Lakonan?

Tampil seksi dengan skirt pendek, Erin dikritik hebat oleh peminat kerana dikatakan gemar bersosial. Hurm, peminat sebenarnya ambil berat tentang Erin Malek, sebab tu mereka tegur, tak gitu?

Zul Ariffin Peluk Peminat

zul1

Selepas tersebarnya gambar Zul Ariffin memeluk seorang perempuan di kelab malam, rata-rata peminat beliau tidak berpuas hati.

Artikel Berkaitan: Foto Zul Ariffin Didakwa Bersosial & Peluk Perempuan Tersebar

Dilabel gemar bersosial dan mabuk ketika gambar berkenaan diambil, Zul  Ariffin tampil menafikan dakwaan tersebut dan mengakui perempuan itu hanyalah seorang peminat.

Tauke Jambu Pun Peluk Peminat

toke

Gagal dalam beberapa siri perkahwinan sebelum ini, Tauke Jambu dituduh pula kaki perempuan. Semuanya gara gara penyebaran beberapa keping gambar Tauke memeluk seorang peminat di sebuah kelab malam.

Artikel Berkaitan: Gambar Berpelukan Di Kelab Malam Tersebar, Tauke Jawab Kontroversi Yang Melanda Dirinya

Perkara ini sedikit sebanyak memburukkan nama baik Tauke. Kami harap selepas ini Tauke lebih berhati hati, apatah lagi apabila melayani peminat ketika berkunjung ke kelab malam.

Along Eyzendy Dikaitkan Dadah

along

Sekitar April yang lalu, Along Eyzendy dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah apabila di tahan polis dalam satu serbuan di kelab malam sekitar Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Mengaku Ditahan Polis Di Kelab Malam Tapi Along Eyzendy Nafi Ambil Dadah

Yang sebenarnya Along ke kelab malam tersebut atas urusan kerja tetapi kebetulan polis membuat serbuan. Hasil ujian kencing, dia terbukti bebas daripada penyalahgunaan dadah.

SKIP THIS AD ×