Siapa je tak kenal Luqman Podolski dan Myo ni kan? Baru-baru ni dia baru je memenangi anugerah Top Breakout Influencer pada malam anugerah Influence Asia 2017. Luqman ini juga adalah salah seorang Vine famous yang melebihi 90,000 pengikut sebelum aplikasi Vine ini dihapuskan.
Myo pula adalah penyanyi utama untuk band Oh Chentaku iaitu sebuah kumpulan rock tanah air yang mula mengorak langkah pada tahun 2007 melalui ‘underground’. Myo juga dikatakan masih bergiat aktif dalam industri ini dengan ‘tour’ dan persembahan yang dilakukan.
Oh ya, ura-ura mengatakan yang Luqman dengan Myo ni nak racing di Taiwan. Mereka nak pergi ke Kaohsiung dari Taipei Main Station. Wow macam best je. Tapi kali ni mereka berdua memilih untuk travel menaiki pengangkutan yang berbeza. So, korang nak tau pengangkutan mana yang jadi pilihan Myo dan Luqman?
1. Check-in yang mana lebih mudah?
Kita memang nak benda yang menyenangkan lagi hidup kita kan? Lagi-lagi kalau nak travel, tak nak benda yang susah.
Naik tren senang je, tak perlu nak check-in luggage korang asalkan korang sanggup dan larat untuk bawak sendiri. Tak kira lah berapa kilogram luggage yang korang bawak.
Tapi kalau naik kapal terbang pulak, korang kena datang 2 jam lebih awal untuk check-in luggage korang dan ada had berat yang ditetapkan. Kalau melebihi had, korang akan kena charge. Alamak!
2. Peraturan yang ketat ke longgar? Haa
Dekat airport banyak check point yang korang kena lepas untuk selamat duduk dalam kapal. Dah macam Explore Race dah. Fuhhh! Kalau naik tren pulak, korang masuk je bawak diri. Tanpa ada pegawai atasan yang check korang atas bawah. Haha
3. Hiburan mata dalam perjalanan
Kalau travel jauh-jauh, mestilah kita nak tengok sesuatu yang indah di mata kan? Kehijauan bumi, keindahan alam yang mungkin korang takkan dapat tengok selalu.
Kalau korang naik tren, bolehlah berpeluang tengok semua tu. Naik kapal terbang korang hanya dapat tengok satu pemandangan iaitu awan biru. Memang cantik, tapi kalau perjalanan 12 jam, tak ke bosan tu? Huaaa
4. Nak kena book tiket awal ke baru dapat murah? Walk-in kan boleh
Oh, ini paling penting sebelum korang plan perjalanan. Memang tiket kapal terbang atau tren kena beli awal-awal supaya tiket tu tak mahal gila. Kalau plan nak travel jauh, kena beli berbulan sebelum barulah harga murah. Tapi apa yang korang boleh buat kalau tertinggal flight atau tren?
Boleh beli walk-in tapi kalau kapal terbang memang akan mahal gila lah. Kalau tren ada lah chance untuk dapat harga yang lebih rendah. So takdelah rasa rugi sangat, ye dok?
5. Kebebasan dalam perjalanan. Boleh buat apa saja. Yay!
Naik tren korang boleh main handphone, takde landing, takde take-off, takde seat-belt sign walaupun korang tak pakai seat-belt. Dan yang paling PENTING, korang tak stuck dekat tempat duduk korang selama beberapa jam sebab tak boleh kemana-mana. Yay!
Kapal terbang pulak korang kena duduk je dekat tempat korang sampailah kapal terbang selamat landed. Handphone pun tak boleh main, nak jalan-jalan pun tak boleh. Tidur jelah sepanjang perjalanan. Pehhh bosan gilaaa!
Teringin nak naik? Haa kalau korang nak tahu, Tren Shinkansen ini juga akan beroperasi untuk perjalanan dari KL ke Singapore tidak lama lagi. So, bukan angan-angan lagi untuk naik tren berteknologi tinggi Shinkansen ni tau! Yay!
Jadi, korang rasa yang mana menjadi pilihan Luqman dan Myo? Tren ke kapal terbang? Hmmmm….
Setelah buat keputusan, Luqman dan Myo memutuskan untuk naik……..
TARAAAAAA!!! TREN!
Nak tahu kenapa Luqman dan Myo akhirnya memutuskan untuk naik tren? Haa sebab ini bukan sebarangan tren tau. Ini tren berkuasa tinggi yang dikenali sebagai Tren Shinkansen. Apa yang istimewanya tren ini? Macam-macam termasuklah vending machine. Pehh kalau ada kat Malaysia, dah lama admin naik.
Kalau nak tahu serba sedikit tentang tren yang menggunakan teknologi Shinkansen Jepun ni, anda boleh merasai kelajuan tren pada 320 km/h (200 mph). Laju gila beb! Kalau perjalanan 3 jam, boleh jadi dua jam je.
Jangan risau! Walaupun laju gila, tren ni adalah tren paling selamat sebab Shinkansen adalah World’s First High Speed Rail yang paling selamat di dunia. Ianya ditubuhkan pada tahun 1950. Selain itu, tren ini juga sangat bersih, laju dan menepati masa perjalanan dan percaya atau tidak, tren ini hanya akan lewat selama 36 saat sahaja. Fuh hebat gila!
Oh ya, cleaner juga akan menunggu di luar tren setelah mereka sampai untuk mengutip sampah dari penumpang yang keluar. Anda juga dibenarkan untuk makan dan minum dalam tren ini, tiada larangan asalkan jangan kotorkan tren tu sudah. Sampah jangan lupa untuk buang sendiri walaupun memang ada cleaner yang akan bersihkan.