Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila tangan anaknya yang berusia dalam lingkungan tiga tahun dipatuk seekor ular kapak yang menyorok di dalam kasut.
Artikel Berkaitan: Isteri Kena Patuk Ular, Suami Bawa Sekali Ular Ke Hospital – ‘Ini Sebagai Persediaan Kalau Doktor Tanya…’
Bapa cemas tangan anak membiru
Menerusi video yang tular itu, pengguna yang dikenali sebagai @shimi_desa mendedahkan bahawa dia terus membawa anak kecilnya itu ke hospital selepas mendapat tahu anaknya dipatuk ular.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika anaknya itu bermain di sekitar kediamannya yang terletak di Sungai Besar, Selangor.
Kejadian yang tak dapat aku lupakan, anak bongsu Muhammad Aqil dipatuk ular berbisa di tangan kiri ketika bermain petang semalam.
Dapat tahu je kena patuk, terus gerak ke hospital. Masa ni aku panik gila, aku bawa selaju mungkin sambil pangku anak di riba. Sementara nak sampai tu dia menangis menjerit tahan sakit.
Lebih menyedihkan ialah keadaan anaknya bertambah teruk selepas tangan yang dipatuk itu mula membengkak sehingga ke paras bahu dan membiru.
@shimi_desa tragedi yg xkan aku lupakan… ??..simpan sini bt kenangan.. #patukularkapak @hashimi2510 @dilajalaluddin ? Yasir Lana – Ai Khodijah
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan rasa syukur mereka dengan keadaan terkini adik Aqil yang semakin pulih selepas beberapa hari menerima rawatan di hospital.
Video
@shimi_desa tragedi yg xkan aku lupakan… ??..simpan sini bt kenangan.. #patukularkapak @hashimi2510 @dilajalaluddin ? Yasir Lana – Ai Khodijah
Sumber: TikTok