berita

Mati Dibunuh & Dirogol Lelaki Menyamar Jadi Wanita – Mayat Budak Lelaki Ditemui Terbaring Bersama Al Qurannya

June 8th, 2017 | by Hanis Aliaa
Isu & Kontroversi

Kanak-kanak sekarang terdedah dengan pelbagai jenis jenayah yang menakutkan. Jadi tak hairanlah kalau kebanyakan ibu bapa mula mendidik anak-anak untuk tidak mengikut orang yang tak dikenali.

Lain pula yang terjadi kepada Azan Majid Janjua, 11 tahun apabila dia ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian. Lebih pilu, apabila mayatnya berada disebelah Al-Quran miliknya sendiri.

Suspek pakai burka untuk tarik perhatian mangsa.

Menurut Daily Mail, suspek yang menyamar sebagai wanita kerana dia tahu takkan ada kanak-kanak yang akan mengikut mana-mana lelaki tak dikenali di Abu Dhabi. Tertuduh berasal dari Pakistan dilaporkan dikenali keluarga mangsa. Suspek boleh dikenakan hukuman mati jika didapati bersalah merogol dan membunuh. 

Dia dituduh merogol sebelum mencekik mangsa hingga mati dengan tali selepas mengambil Azan dari solat terawih di masjid. Azan kemudiannya dilaporkan hilang minggu lalu selepas gagal pulang dari masjid. 

Mayat Azan ditemui bersama Al-Qurannya.

Jenazah Azan ditemui oleh juruteknik penghawa dingin di atas bumbung bangunan di mana dia tinggal. Dia dilaporkan terbaring tanpa pakaian dengan Quran di sisinya. Suspek ditahan dalam tempoh 48 jam selepas penemuan mayat itu.

Menurut pihak polis, penahanan dibuat selepas bukti forensik mengaitkannya dengan jenayah itu. Pihak polis enggan mendedahkan apa-apa maklumat lanjut berkaitan suspek atau mangsa. 

Tempat mangsa ditemui terbaring. Di bangunan yang sama mangsa tinggal bersama bapanya.

Arwah sangat gembira pada hari tersebut.

Bapa Azan, Dr Majid Janjua, 38, memberitahu pemberita tempatan bahawa anaknya bukan seorang yang suka ikut orang tak dikenali.

Dia tidak pernah pergi ke luar tanpa kebenaran kami. Ini adalah takdir ketentuan Allah. Kita perlu menerimanya.

Ibu kanak-kanak itu difahami tidak tinggal di Abu Dhabi itu tetapi ada datang melawat pada masa kejadian itu, yang berlaku pada minggu pertama bulan Ramadan. Dr Janjua mendedahkan bahawa anaknya bersemangat tentang agama dan sangat bersemangat pada hari yang dia dibunuh.

Dia bangun awal pagi dan bersahur dengan kami. Kami pergi untuk solat Subuh di masjid dan dia berada dalam keadaan sangat gembira.

Jika didapati bersalah, suspek akan dihukum bunuh oleh skuad penembak Abu Dhabi jika disabitkan bersalah membunuh dan rogol di Emiriah Arab Bersatu. Walau bagaimanapun, hukuman mati jarang diturunkan, dan orang-orang yang diturunkan sering diringankan kepada penjara seumur hidup.

Kredit : The Daily Mail

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×