Sejak akhir-akhir ini, nama isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea menjadi bualan dalam kalangan netizen selepas mula memuat naik beberapa imej tidak berhijab di media sosial.
Artikel Berkaitan: Isteri Haqiem Rusli Tayang Rambut, Padam Gambar Bertudung Di Instagram
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Haqiem Rusli & Isteri Bahagia, Muat Naik Foto Bersama Dengan Emoji ‘Love’
David Teo beri pandangan
Tidak terkecuali, penerbit filem terkenal negara, Mejar (k) David Teo turut memberikan pandangannya mengenai imej terbaharu isteri kepada penyanyi lagu Mimpi itu.
Menurut David, untuk seseorang itu kekal beristiqamah dalam melakukan sesuatu perkara adalah satu perkara yang tidak mudah kerana sifat hati seseorang manusia yang sering berbolak balik.
Iman seseorang pastinya berbolak balik. Istiqamah dalam berhijab sememangnya susah namun Tuhan pasti mendengar hati kita.
Bukan itu sahaja, David juga menitipkan doa agar isteri Haqiem akan sentiasa kekal di landasannya serta mendoakan agar rumahtangga Haqiem dikurniakan kebaikan.
Semoga isteri Haqiem Rusli sentiasa berada di jalanNya dan kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.
View this post on Instagram
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji pandangan yang dikeluarkan David tanpa menggunakan sebarang kata-kata negatif dan cacian. Bahkan, ada juga yang malu dengan cara digunakan David dalam memberikan pandangan yang dilihat lebih tertib dan sopan berbanding sesetengah pihak yang beragama Islam.
Sumber: Instagram