Foto: Borneo Orangutan Survival Foundation
Seekor Orang Utan mengalami trauma akibat dijadikan seperti pelacur dengan dipaksa untuk melakukan hubungan seksual bersama lelaki selama bertahun-tahun.
Artikel Berkaitan: Dikurung Sejak 2009, Wanita Dedah Pernah Diperkosa Lebih 1,000 Kali
Artikel Berkaitan: Isteri Dalam Pantang, Suami Durjana Ketagih Perkosa Anak – ‘Keinginan Saya Tidak Disalurkan’
Jadi hamba seks
Foto: Borneo Orangutan Survival Foundation
Memetik laporan Mirror UK, Orang Utan betina yang dinamakan Pony itu dirantai atas katil, badannya dicukur dan dipaksa melakukan hubungan intim dengan manusia.
Difahamkan Pony telah diculik dan dijadikan hamba seks selain badannya turut dipenuhi dengan kesan gigitan yang menyakitkan akibat daripada dirogol berulang kali serta dirantai.
Menurut Yayasan Survival Orang Utan Borneo dalam satu kenyataan berkata, mereka sama sekali tidak menyangka Pony diperlakukan seperti pelacur dan ramai lelaki sanggup membayar sejumlah wang untuk melanggannya.
Dalam masa yang sama, pemilik rumah yang menjadikan Pony hamba seks itu didapati enggan melepaskannya kerana Pony adalah sumber kewangan dan membawa tuah.
Pegawai polis dan tentera terpaksa campur tangan untuk memujuk pemilik rumah tersebut supaya membenarkan orang utan itu keluar.
Pony kemudian dibawa ke Pusat Pemulihan Orang Utan Nyaru Menteng di Borneo, Indonesia, di mana pekerja pusat berkenaan turut berasa risau dengan penderitaan yang dialami Pony.
Pony tidak menunjukkan keinginan untuk meneroka dan tidak dapat mencari makanan sendiri.
Pony berusia enam tahun ketika berjaya diselamatkan namun mengambil masa lebih sedekad untuk pulih.
Untuk info, Orang Utan tersebut diselamatkan pada tahun 2003 bagaimanapun haiwan itu mengalami trauma sehingga lelaki tidak dibenarkan untuk mendekatinya.
Selepas 15 tahun, Pony akhirnya sembuh dan ditempatkan bersama tujuh lagi Orang Utan lain di pusat pemulihan tersebut.
Sumber: Mirror UK