berita

Perbaiki Niat & 4 Lagi Cara Pupuk Sifat Ikhlas Di Bulan Ramadan #SetulusIkhlas

May 15th, 2019 | by Arini Saleh
Shout Out!

Ramadan merupakan bulan terbaik untuk korang berubah menjadi lebih baik dan ikhlas. Ini kerana pada bulan inilah umat Islam diwajibkan berpuasa, digandakan amal ibadah, solat tarawih dan sebagainya.

Sempena kempen setulus ikhlas, kami nak kongsi beberapa cara untuk korang pupuk keikhlasan ketika beribadah di bulan puasa.

Perbaiki niat

Niat yang ikhlas kerana Allah SWT adalah sangat penting untuk menyucikan jiwa serta menjauhkan diri daripada sifat riak dan takbur. Oleh itu, antara cara agar Ramadan korang diberikan rahmat dan diberkati adalah dengan memperbetulkan niat kerana Allah. Tanpa niat, amalan yang dilakukan adalah sia-sia.

Sentiasa meletakkan diri dalam situasi orang lain

Setiap kali melihat kesusahan yang dialami orang lain, cuba korang letakkan diri di tempat mereka yang kurang bernasib baik. Bayangkan kesusahan yang terpaksa ditempuhi mereka apabila tiada tempat berlindung dan makanan.

Antara amalan yang boleh dilakukan adalah seperti memberi makan dengan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang lain. Yang penting, ikhlaskan hati kerana ikhlas adalah jalur di dalam diri yang sangat indah. Pasti korang akan rasa manisnya amalan bersedekah ini apabila dilakukan dengan penuh redha.

Sembunyikan amal kebajikan

Perkara lain yang dapat mendorong diri menjadi ikhlas adalah apabila sesuatu amalan dilakukan secara senyap dan tersembunyi. Janganlah pula sengaja dihebahkan untuk mendapat pujian daripada orang lain.

Amal yang dilakukan tanpa pengetahuan semestinya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.

Sentiasa mendekati golongan asnaf

Mendekati golongan asnaf dan kurang berkemampuan juga mampu memupuk perasaan ikhlas ketika melakukan amal kebajikan. Salah satu cara adalah dengan mengikuti program CSR seperti berbuka puasa bersama anak yatim dan warga emas.

Secara tidak langsung korang dapat berkongsi kemeriahan ramadan dan menimbulkan perasaan gembira dalam diri mereka.

Jangan harapkan balasan

Setiap perkara baik yang dilakukan janganlah sesekali mengharapkan balasan. Lakukan dengan niat kerana mahu menolong dan meringankan beban orang lain.

Ingatlah bahawa hanya keikhlasan kepada Allah adalah berbalas. Curahkanlah segala-galanya dengan penuh ketulusan nescaya korang akan memperolehi segala-galanya daripada Allah.

Program menarik di #SetulusIkhlas

Pada tahun ini, Media Prima Berhad dengan kempen #SetulusIkhlas menganjurkan pelbagai program Ramadan dan juga raya. Antaranya ialah program signature Raudhah, Jejal Rasul Ulul Azmi, Jom Berbuka, Sembang Sahur dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat juga program Grand Bazar Ramadan Raya (GBRR) terbesar di Bulatan Bazarena Stadium Shah Alam (4 Mei sehingga 2 Jun) manakala di Stadium Bukit Jalil (16 Mei sehingga 5 Jun). Apa yang menariknya bazar ini akan dimeriahkan dengan lebih 134 booth di Shah Alam dan 436 booth di Bukit Jalil.

Bukan itu sahaja, acara Check-In Kampung juga akan diadakan di beberapa lokasi terpilih seperti di Sungai Besar Selangor dan Tangkak Johor.

Untuk info lanjut layari https://www.xtra.com.my/ms/setulusikhlas.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×