berita

Pernah Pertikaikan Vaksin, Abang Siti Sarah Minta Maaf Pada Staf Kesihatan – ‘Mana Yang Cakap Dulu Saya Antivaksin, Itu Pengajaran Bagi Saya’

September 29th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Umum tahu abang kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin bertarung nyawa selama 42 hari selepas dimasukkan ke Hospital Serdang akibat positif COVID-19.

Artikel Berkaitan: Tahap Empat Covid-19, Abang Siti Sarah Dipindahkan Ke ICU

Minta maaf tulis doktor pembunuh

Pernah pertikai keberkesanan vaksin, Ahmad Firdous tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada barisan pakar perubatan dengan penulisannya di media sosial sebelum ini.

Kesal dengan kekhilafannya, Ahmad Firdous mengakui pengalaman dia melawan virus merbahaya di Unit rawatan rapi (ICU) telah menyedarkan dirinya untuk menghargai jasa doktor dan jururawat.

Orang kata Covid is real, memang Covid is real. Dah kena, covid is real la. Pada mereka yang saya tulis doktor pembunuh la apa, saya mohon maaf banyak-banyak pada doktor dan jururawat.

Bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa saya ni, terima kasih banyak-banyak. Frontliners memang saya respect. Frontliners yang menjaga di wad ICU..saya katil kat depan bayangkan macam mana diorang bekerja.

Yang kita ni pula kata jururawat tu nak bunuh kita. Ada jururawat tunggu depan kita, apa-apa jadi kau kencing ke..berak ke dia lah yang menggelap, pakai pampers.

Wad ICU mana ada tandas. Macam mana kita nak hina dia lagi. Tu la kata, bila dah kena baru tahu.. Baru kita rasa teruk la kita ni. Menyebarkan benda yang tak benar, tak baik..padahal dia yang tolong kita.

Rakaman video siaran langsung di Facebook Ahmad Firdous dikongsikan semula oleh pakar perubatan iaitu Dr Khairul Hafidz di akaun Twitter miliknya.

Pengajaran hidup

Dalam pada itu, Ahmad Firdous meluahkan hasrat untuk mengambil suntikan vaksin sejurus dia sihat sepenuhnya. Akui Ahmad Firdous, kesakitan yang dirasainya disebabkan Covid-19 menjadi pengajaran serta pengalaman buat dirinya.

Diri saya bila dah kena, insya-Allah bila saya sihat, saya akan ambil vaksin.. Saya tahu penderitaan orang yang kena Covid sangat teruk.

Mana yang cakap dulu saya antivaksin, takpa la itu pengalaman hidup saya, pengajaran bagi saya. Dan mereka-mereka yang tak nak ambil vaksin, terpulang pada korang.

Saya tak paksa tapi bila kena Covid walaupun tahap 1 atau 2, kena ingat korang boleh jangkit pada orang lain dan kita tak tahu antibodi diorang macam mana.

Pengalaman saya di ICU saya baring, ada yang baru masuk dan ditidurkan..esok pagi dialisis terus. Saya tengok benda-benda ni dalam ICU amat mengerikan dan menakutkan. Hari-hari kita berdoa, kadang moral kita down.

Terdahulu, Ahmad Firdous dimasukkan ke Hospital Serdang pada awal Ogos lalu sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Pantai di Bangsar untuk rawatan selanjutnya.

 

Sumber: Twitter @khairul_hafidz

SKIP THIS AD ×