Kami percaya pengalaman berpuasa di tempat orang tidak sama seperti berpuasa di tanah air sendiri. Budaya, persekitaran yang berbeza ditambah pula waktu siang yang lebih panjang membuatkan dugaan itu lebih berat.
Wanita ini kongsikan pengalaman beliau ‘dimuliakan’ ketika berpuasa di London. Dan tidak disangka, walaupun majoriti penganut disana bukan islam tapi terdapat banner besar di bas tertulis ‘SubhanAllah’. Kalau di Malaysia, tanda salib terpaksa diturunkan kerana mengganggu akidah. Hmm.
Sepanjang jalan beliau tak henti-henti bertanya adakah saya okay
Ramadan 2014. London.
“Are you sure you’re okay with walking?” Beliau bertanya. Risau barangkali.
“Don’t worry. I’m fine.” Jawab saya senyum.
Bulan puasa. Sahur jam 2.30 pagi. Berbuka 9.30 malam. Matahari bersinar 18 jam. Siang yang panjang adalah waktu paling sesuai untuk ukur jalan. Kami berjalan dari Oxford Street sampai ke Piccadily Circus. Jalan lagi sampai Westminster Bridge. Boleh tahan jauh. Dan sepanjang jalan beliau tak henti2 bertanya. Adakah saya okay. Lagi2 bila tahu saya berpuasa, beliau serba salah. Namun kami jalan juga. Pusing kedai. Shopping barang. Tengok orang..
Adelle. Sahabat saya di UK. Orang putih. Bukan Islam. Rambut blonde. Tapi baik hati. Sopan. Penuh adab. Menghormati. Bertoleransi. Sensitif pada persekitaran.
“You can eat first, Adelle.” Pelawa saya bila kami singgah makan di sebuah restoran jepun. Ada lagi 20 minit sebelum tiba waktu berbuka.
“It’s okay. Let’s wait.” Katanya sopan. Kemudian memberitahu kepada pelayan kedai bahawa kami menunggu waktu berbuka.
Saya. Insan kerdil, kecil, mentah, muda dimuliakan di bandar London yang gagah, berprestij, maju dan tua.
Hari itu saya sedar, saya perlu lebih baik dari Adelle. Memuliakan sesiapa sahaja walau apa pun agama dan anutan mereka.
Terpampang besar ‘SubhanAllah’ di bas, orang bukan islam disana sempoi je tak melatah
Sekilas saya teringat papan iklan di dinding bas double decker yang merah saga. “SubhanAllah”. Besar. Biru. Bertulis cantik dengan slogan ‘gather the rewards of Ramadan’ Dan orang2 bukan Islam kat sana sempoi je tak melatah.
Try tampal “Hallelujah” dengan lambang salib kat pintu lrt kita, mahu roboh stesen dikerjakan pejuang2 agama.
Hanya kita je yang perlu dimuliakan. Kita tak payah memuliakan orang lain.
Asyik orang je kene tolerate cara kita, kita tak payah tolerate cara orang lain.
Kita je yang hebat, alim, beragama segala. Orang lain semua bodoh jahil.
Pesanlah pada diri, untuk dimuliakan kita perlu memuliakan. Untuk dihormati kita perlu menghormati. Untuk difahami kita perlu memahami.
Semoga keISLAMan kita tidak sekadar tertulis di dalam IC.
sumber: Rysherz Rayn